untuk renungan kaum hawa=wanita=perempuan=gadis=dara


  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 2.00/5 (1 votes cast)


from the community... (3)

  • mIruL@mIr
    Posted by mIruL@mIr Tue Dec 23, 2008 08:27 AM 1242 days ago

    wanita sebenarnya mempunyai kuasa yg besar Allah kurniakan. jika perempuan itu rosak, maka rosak la semuanya(masyarakat). alangkah baiknya jika wanita dimalaysia macam petikan ni. tentu tenteram malaysia ni.

  • nuffnuff
    Posted by nuffnuff Fri Jun 12, 2009 08:43 PM 1071 days ago

    lelaki pun kena lah selari cam dalam petikan ni..lagi bertambah tenteram malaysia kita.

  • ayu
    Posted by ayu Mon Sep 28, 2009 04:16 PM 963 days ago

    baguskan wanita sehebat itu..jadikan isteri2 rasullah sebagai teladan.insyallah... :)


Please log in to post comments