tanda-tanda lelaki menolak cinta perempuan!!!


Walau perlahan tapi pasti, seorang lelaki berjaya mencuri hati anda. Namun sayang, sekian lama meunggu, si dia masih tak mengucapkan kata cinta walaupun anda selalu memberikan perhatian khusus untuknya. Cuba fikirkan semula, kemungkinan cinta anda sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan.

Berbeza dengan perempuan, lelaki selalunya akan sukar untuk menolak perhatian yang diberikan oleh perempuan walaupun sebenarnya mereka tak suka. Apatahlagi bila anda selalu bersikap manis dan penuh perhatian kepadanya. Sayangnya, sikap kurang tegasnya itu akan membuat kaum hawa runsing untuk menentukan langkah, diteruskan atau diabaikan. Oleh itu, supaya kaum hawa terhindar dari situasi tersebut, perhatikan tanda-tanda penolakan yang lelaki berikan seperti berikut ini.

 

bertanya tentang kawan anda
Si dia kerap menanyakan tentang kawan wanita anda, bahkan meminta anda mengajaknya untuk tengok wayang atau makan malam bersama. Boleh dipastikan si dia sebenarnya memang tak tertarik pada anda. Bila si dia semakin kerap menunjukkan kekaguman pada kawan anda, adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.

 

mencadangkan kawan lelakinya untuk anda
Sejak kebelakangan ini si dia semakin serius mempromosikan kelebihan kawannya yang dirasakan sesuai untuk anda. Bahkan si dia turut membuat planning untuk mempertemukan anda berdua. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan tidak sedap hati kerana menolak anda. Jangan terburu-buru menolak tawarannya, tak salah berkenalan dengan kawan yang diperkenalkannya. Siapa tahu, kawannya itu menepati citarasa yang anda cari selama ini.


Selalu sibuk
Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahwa ia sibuk. Mungkin ia memang sibuk, tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada anda.

 

Berbeza pendapat
Ketika bersama anda, si dia gemar membicangkan topik-topik yang anda tidak suka atau juga perkara yang membosankan. Bila anda menyatakan perkara-perkara yang anda suka, si dia malah menyatakan sebaliknya, dan begitulah seterusnya. Berdasarkan sikapnya itu seharusnya anda sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat anda semakin tidak menyukainya.

Menerima penolakan memang bukan sesuatu perkara yang mengembirakan. Untuk beberapa ketika, mungkin anda akan berasa terluka, tapi hadapi sahajalah dengan tenang hati, jangan sampai bersikap emosional dan memburuk-burukkan si dia dengan mencaci maki. Apatahlagi sekiranya si dia memang seorang kawan yang baik untuk anda. Lihatlah penolakan tersebut sebagai jalan untuk anda bertemu orang yang lebih baik dan tak akan membuat anda menyesal di kemudian hari.

 

fajridiladha.blogspot.com/2008/12/tanda-tanda-lelaki-menolak-cinta.html

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 5.00/5 (1 votes cast)


from the community... (11)

  • mIruL@mIr
    Posted by mIruL@mIr Sun Dec 07, 2008 07:57 AM 1154 days ago

    macam penah ak buat ni perkara. huhu

  • <cHiCkEn_mAgNeT>
    Posted by <cHiCkEn_mAgNeT> Fri Dec 12, 2008 10:00 PM 1149 days ago

    mane la lu blog2 mcm nie...kembang mate membacenye.....

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Sun Dec 14, 2008 07:13 AM 1147 days ago

    cinta lagik. kalo cun sure tak tolak lah.

  • noor
    Posted by noor Sun Oct 11, 2009 04:19 AM 847 days ago

    sedar x sedar semua ni aku dah buat..tp dia still msj aku smpai la smlm...aku msj dia xpyh la sibuk2 jg hal aku...mesti dia kecik hati...cmne nak setel, aku xnk lukakn perasaan orang... :(

  • flowerflower
    Posted by flowerflower Thu Oct 22, 2009 11:38 AM 835 days ago

    kenapa kaum lelaki selalu buat camtu kat pompuan? kalo tak suka, belah je.. jgn layan lebih2.. ini tak, dok layan lebih2, pompuan pon cepat perasan la..

  • eijie
    Posted by eijie Tue Oct 27, 2009 09:27 AM 830 days ago

    berterus-terang lebih baik... kalau suka boleh ke peringkat seterusnya, kalau xsuka paling tidak pon masih boleh jadi kawan lg...

  • zetty
    Posted by zetty Tue Nov 10, 2009 06:08 PM 816 days ago

    cm nah bce kat remaje jer..

  • wasabi
    Posted by wasabi Tue Nov 10, 2009 06:10 PM 816 days ago

    x larat bce..aaaaaaaaa..

  • lynn
    Posted by lynn Tue Nov 10, 2009 06:31 PM 816 days ago

    terus terang je lah bagus.. tak elok buat orang tertunggu2.. tak semua perempuan tak faham bahasa..

  • melor
    Posted by melor Thu Nov 12, 2009 09:36 PM 814 days ago

    ntah la.. pelik kan.. bila tnya laki 2 sayang kita tak dia ckp sayang.. tp x penah ambik hati kita.. napeee?????

  • suky
    Posted by suky Mon Feb 22, 2010 04:00 PM 712 days ago

    haa ade 1 antara byk2 tu. tapi sku x nak putus asa dptkan die ok x ? sbb die ni jenis tak pernah couple and tak bersedia lagi nak couple2, aku patut diam ke buat ape haa?


Please log in to post comments