Dalam Al-Quran dah cakap, Babi ni haram. Jangan dibela, jangan dimakan. Kerana ianya membawa mudarat.

Itulah hikmahnya pengharaman Babi.

======================================================================================

Laporan WHO menyebut kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah. Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi.

======================================================================================

WASHINGTON: Rumah Putih terpaksa mengeluarkan kenyataan menegaskan Presiden Barack Obama dalam keadaan sihat selepas seorang lelaki yang berjabat tangan dengan pemimpin Amerika Syarikat itu di Mexico meninggal dunia keesokannya, akibat gejala serupa dengan selesema babi.

Kenyataan Rumah Putih berkata, kesihatan Obama tidak berada dalam bahaya tetapi beliau memandang ancaman wabak itu 'amat serius.'

Penasihat kesihatan Obama bimbang dengan lawatannya ke negara di selatan sempadan Amerika Syarikat itu, selepas mengetahui virus berjangkit mula melanda Bandaraya Mexico pada 13 April lalu tiga hari sebelum Obama mengunjungi negara itu.

=======================================================================================

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menggantung semua import babi dan produk daging berkenaan semalam sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap penularan wabak selesema babi.

Langkah itu dilakukan berikutan pertemuan menteri-menteri kanan yang berbincang mengenai koordinasi terhadap ancaman wabak itu terhadap Indonesia.

Sementara itu di Bangkok, pihak berkuasa Thailand mula memasang alat pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi bagi menyekat kemasukan produk babi dari Mexico atau Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kesihatan, Witthaya Kaewparadai berkata, para penumpang dari beberapa destinasi turut diperiksa terhadap simptom jangkitan virus selesema babi. - AFP

========================================================================================

MANILA 27 April - Pihak berkuasa kesihatan Filipina hari ini meminta rakyat negara ini agar tidak lagi berpelukan dan berciuman di khalayak ramai berikutan kebimbangan mengenai wabak selesema babi yang melanda dunia.

 
Sekurang-kurangnya 20 orang disahkan mati akibat selesema babi di Mexico dan kemungkinan lebih ramai menjadi mangsa, seterusnya menyebabkan pihak berkuasa seluruh dunia meningkatkan kawalan kesihatan dan keselamatan.

 
Pengarah Pusat Epidemiologi Kebangsaan di Jabatan Kesihatan Filipina, Eric Tayag berkata, pemantauan di balai ketibaan lapangan terbang sedang dipertingkatkan dan orang ramai diminta mengehadkan sentuhan fizikal di tempat awam.

 
"Elakkan dari sentuhan, ciuman dan pelukan," kata Tayag lagi.

 
Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque menjelaskan, setakat ini masih belum ada kes jangkitan virus selesema babi dikesan di negara ini. - AFP


=======================================================================================

 

 

Tags : , , ,

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (33)

  • ePal
    Posted by ePal Tue Apr 28, 2009 05:42 PM 1116 days ago

    Almak... Haram babi.. babi haram..haram babi

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Tue Apr 28, 2009 05:45 PM 1116 days ago

    jangan kawan babii..

  • ePal
    Posted by ePal Tue Apr 28, 2009 05:45 PM 1116 days ago

    (y)

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Tue Apr 28, 2009 05:51 PM 1116 days ago

    elakkan cemolot. :$

  • ePal
    Posted by ePal Tue Apr 28, 2009 05:52 PM 1116 days ago

    sape? :o

  • Hinata
    Posted by Hinata Tue Apr 28, 2009 05:54 PM 1116 days ago

    Dgr org ckp org pn kna jgk wabak nie...

  • ePal
    Posted by ePal Tue Apr 28, 2009 05:56 PM 1116 days ago

    HInata kene wabak nie?

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Tue Apr 28, 2009 06:15 PM 1116 days ago

    hinata ni cakap apa ni? konfius

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Tue Apr 28, 2009 07:09 PM 1116 days ago

    dia cakap, org (manusia) leh jangkit benda ni kot. dah mmg terang terang kene

  • Sahar
    Posted by Sahar Tue Apr 28, 2009 10:02 PM 1116 days ago

    sebenarnya virus nie scientis yg cipta..vaksin mereka ada..tp tak keluarkan lg..diorang tunggu virus nie merebak br mereka jual kat hospital2..untuk dpr keuntungan..pada firasat aku

  • Karmax
    Posted by Karmax Tue Apr 28, 2009 10:33 PM 1116 days ago

    bela babilop pnye pasal..org lain yg susa.

  • lynn
    Posted by lynn Tue Apr 28, 2009 10:35 PM 1116 days ago

    :| :|

  • Karmax
    Posted by Karmax Tue Apr 28, 2009 10:39 PM 1116 days ago

    babelove: nama yg sy sebut diatas tiada kene mengena dgn yg idop mau pon yg tela mati. harap maklum.

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Wed Apr 29, 2009 01:51 AM 1116 days ago

    manusia kalau campur binatang mmg jadi camni haha.

    manusia + monyet = aids

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Wed Apr 29, 2009 07:56 AM 1115 days ago

    Selesema babi merebak ke 16 negara

    Wabak selesema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di 16 buah negara termasuk di Eropah dan Asia.

    Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 orang kelmarin.

    Satu kes disyaki di Thailand, dua lagi di Singapura.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan aras amaran dari tahap tiga kepada empat.


    ramai gak orang gi mexico rupanya. macam dah citer resident evil plak, sikit2 infected. cuma ni mati, tak jadi zombie. kalau malaysia kene (tak mustahil), mmg suruh ar kerajaan gi bunuh semua babi babi nih.

  • ePal
    Posted by ePal Wed Apr 29, 2009 09:09 AM 1115 days ago

    Yang mati tue sebab ajal dah sampai.. hahahhaha
    jgan salahkan selsema Khinzir, Itu kebetulan je.. hahahha

  • Sahar
    Posted by Sahar Wed Apr 29, 2009 10:26 AM 1115 days ago

    malaysia menghantar 3000 tentera untuk mengawal sempadan negara untuk mengawal penyeludupan manusia ke negara ini supaya selsema babi x memasuki negara ini..berkuatkuasa 2 hari lepas..

  • Karmax
    Posted by Karmax Wed Apr 29, 2009 11:14 AM 1115 days ago

    mcm nak pgi bperang jek..Dulu time JE camtu gaks. Aku denga diorang bunoh babi2 tu gune machinegun.Mmg liat btol nyawa diorang.

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Wed Apr 29, 2009 06:30 PM 1115 days ago

    bomb je, pasti sedap

  • Sahar
    Posted by Sahar Wed Apr 29, 2009 07:10 PM 1115 days ago

    apa kata kita makan babi..sampai babi pupus di dunia haha

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Wed Apr 29, 2009 08:34 PM 1115 days ago

    aku dok pk la apsal skang baru ada benda ni. bile check, dah lama kene.

    "In 1976, about 500 soldiers became infected with swine flu over a period of a few weeks. However, by the end of the month investigators found that the virus had "mysteriously disappeared" and there were no more signs of swine flu anywhere on the post." [wiki]

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Fri May 01, 2009 10:34 PM 1113 days ago

    punca:


  • lynn
    Posted by lynn Fri May 01, 2009 10:36 PM 1113 days ago

    YUCKKKKKKKKKKKKK!!!!!!

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Sat May 02, 2009 12:45 AM 1113 days ago

    hahahahahahhahahaha, ni la puncanya. babi tu ada selesema, sekali budak tu jil*t ahaha. bau busuk camtu pun dia leh layan. baik dia bau tahi dia sendiri. lagi wangi.

  • swan
    Posted by swan Sun May 03, 2009 09:38 PM 1111 days ago

    barbie oh barbie. sikalang aa itu menteli kesihatan suluh itu media, supaya jangan guna nama "selesema babi".
    dia suluh semua media guna nama saintifik selsema babi@ swine flu pada "Influenza H1N1"
    Konon2 taknak bagi olang lamai keliru.

    haha, sebenarnya dia buat mcm tu sbb takut babi kene banned, so tokei babi nnt bankrupt kot.. hahhaha..

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Tue May 05, 2009 09:49 PM 1109 days ago

    Suspected influenza A (H1N1) case in Sarawak
    http://www.thenutgraph.com/suspected-influenza-a-h1v1-case-sarawak

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Wed May 06, 2009 02:57 PM 1108 days ago

    khalil. gambar ko taruk takleh bla. sensored la hidung tu. aku pun denga malaysia da ada selsema haram ni. seram :@

  • tentabizzare
    Posted by tentabizzare Wed May 06, 2009 03:44 PM 1108 days ago

    memang babi tul babi ni!!

  • juggernout
    Posted by juggernout Wed May 06, 2009 06:09 PM 1108 days ago

    mcm macam penyakit skrang nie:>>>>
    http://www.kuatpower.com/shop

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Wed May 06, 2009 06:10 PM 1108 days ago

    kenapa "babi" leh jadi perkataan mencarut sedangkan itu nama binatang yg orang pakai secara formal haha. sebab bunyi dia kot.
    asal tak sebut khinzir aje dalam berita ke, surat khabar ke.

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Wed May 13, 2009 03:55 AM 1101 days ago

    Waspada 'gelombang kedua' flu babi

    Menteri kesihatan memberi amaran kepada rakyat akan kemungkinan "gelombang kedua" jangkitan wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi susulan penularannya ke Thailand hari ini.

    Datuk Seri Liow Tiong juga mengakui kerajaan Malaysia semakin tertekan untuk mencegah virus itu daripada merebak ke negara ini, lapor Bernama.

    Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejumlah 4,379 kes jangkitan disahkan berlaku di seluruh dunia dengan keadaan paling teruk berlaku di Mexico.

    "Kita semakin tertekan untuk memastikan wabak ini tidak menular ke negara kita.

    "Setakat ini kita telah berjaya mengawalnya tapi kita tak boleh mengambil ringan perkara ini dan perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya," Liow dilapor berkata selepas merasmikan Hari Jururawat Sedunia di Kuala Lumpur, hari ini.

    Tambahnya, pemantauan influenza dalam tempoh jangka panjang turut dipergiatkan dan ia akan menjadi cabaran kepada kementerian untuk memastikan tiada jangkitan penyakit itu.

    Beliau berkata, orang ramai perlu memberi tumpuan kepada kebersihan diri dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalami apa-apa jua simptom penyakit berkenaan.

    Kementerian Kesihatan telah menggerakkan Pelan Persediaan Menghadapi Kemungkinan Wabak Influenza pada 30 April lalu.

    Ketua pengarah kesihatan berkata sehingga jam 12 tengah malam tadi, bilik Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) kementerian berkenaan menerima tiga notifikasi kes yang dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh dan Hospital Seremban bagi tujuan siasatan serta pemerhatian.

    "Kesemua kes telah disahkan negatif terhadap influenza A (H1N1), sehingga masa ini tiada kes influenza A (H1N1) dikesan di negara kita," Tan Sri Dr Ismail Merican dipetik berkata hari ini.

    Menurut agensi berita itu lagi, 6,440 individu disaring di semua pintu masuk negara dan setakat ini tiada kes dirujuk ke hospital.

    Tambahnya, bilik CPRC menerima sejumlah 44 panggilan dan dua e-mel daripada orang ramai berhubung nasihat perjalanan ke luar negara, rawatan dan vaksin serta saringan.

    "Orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) kerana kementerian sentiasa meningkatkan pemantauan dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan penduduk Malaysia," katanya.

    Beliau juga berkata, tiada risiko untuk mendapat jangkitan influenza A (H1N1) sekiranya daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Fri Jun 19, 2009 09:37 AM 1064 days ago

    weh, hati-hati. Malaysia dah ada kes tempatan pertama. student perempuan dari Petaling Jaya.

    lagipun kes selsema haram ni WHO dah isytihar pandemik

  • fazril faridus
    Posted by fazril faridus Thu Aug 20, 2009 11:00 PM 1002 days ago

    owh..damn!!!eeeee


Please log in to post comments