Astaghfirullah.. Budak Britain Sufiah Yusof buat pengakuan ekskusif kat News of The World pasal karier dia. Sadis sungguh membacanya..
Baca dengan lebih lanjut kat link di bawah:
Sufiah Yusof - Being a Hooker summing I Love
Kat bawah ni pulak, komen orang ramai..
http://blogs.notw.co.uk/miss_miffed/2008/04/happy-hooker.html
Kalo korang baca, ramai Malaysian yg bagi komen tak puas hati psl minah British ni..
Aiii.. apa la nak jadi.. otak pandai, tapi tergadai body.. dia langsung tak risau dpt penyakit.. bagi aku, dia ni ada masalah dengan diri sendiri.. selama ni dia terkongkong, pastu sbb tu dia lari dari family. Pastu kahwin, pastu dah bercerai. Muda2 dah jadik janda. Yang aku tau, orang2 tua slalu kata, jadik janda ni lagi susah dari anak dara sbb janda dah pernah buat "tuut" dengan ex hubby. So lagi susah nak kawal nafsu yg ada berbanding anak dara. Sebab tu janda di galakkan berkahwin lagi untuk menjaga maruah mereka. Sufiah ni terpengaruh dengan kehidupan barat. Lagipun environment si Sufiah ni dikelilingi oleh orang2 yg anggap benda tu perkara biasa. Kebiasaanya, orang yg terkongkong ni, bila dia dapat bebas jadikla "culture shock" pastu mereka akan berasa berbangga dengan apa yg mereka buat walaupun pada hakikatnya perkara itu adalah salah.
Hmm.. Ramai gak rakyat Malaysia fikir membazir duit rakyat Malaysia sponsor dia blajar kat UK tu, sbb warga Malaysia sendiri susah nak dpt scholarship, si Sufiah ni dahla warga Britain, senang je dpt.. pastu tak kenang budi, last2 jadik prostitute.. what a waste.. Pastu siap ada program untuk selamatkan si Sufiah ni.. aku taktaula diorang dapat selamatkan ke tak.. tapi nampak gaya macam si Sufiah ni bergumbira aje dengan jalan yang dia pilih..
Harap kepada mahasiswa dgn mahasiswi warga Malaysia yang lain, tidak terjebak dalam kes-kes sebegini.. sekarang zaman student jual body utk dapat duit ekspress, lagi satu drug trafficking.. jadik pengedar dadah untuk cepat kaya.. jangan kerana wang anda hanyut.. lagi-lagi pada mahasiswa yang belajar di bandar2.. macam2 pengaruh buruk yang sedia menanti anda.. jangan kerana ikutkan kawan, anda merana di kemudian hari.. Kawan ketawa ramai, kawan berhibur ramai.. tapi kawan menangis, takde..
Bagi aku, kita yang mampu mengubah nasib diri sendiri, bukannya orang lain. Segala pilihan ada ditangan kita. Mintak-mintak dijauhkan dari perkara buruk... nauzubillah..