Tuntut cerai kerana suami lumpuh (huhu kesian nya)





BERGEGAR tiang arash apabila seorang isteri minta diceraikan suami. Tetapi kalau hidup sudah tidak mampu bersama lagi, jalan terbaik adalah perpisahan, sungguhpun ia adalah perbuatan dibenci Allah. 

Inilah yang berlaku kepada Maimunah. Beliau menuntut cerai secara baik daripada suaminya, Alimudin walaupun tahu perbuatannya itu bakal mengundang kata-kata nista daripada keluarga mentua. 

Tetapi selepas dirujuk kepada banyak pihak, Maimunah terpaksa akur bahawa dia tidak lagi berdaya melayani suaminya yang semakin hari kesihatannya semakin menyusut.

 

Maimunah, hanyalah seorang gadis muda yang terlalu taksub dengan cinta. Lima tahun lalu sebelum menuntut perceraian, dia gadis kampung yang teramat mengagumi Alimudin, lelaki yang pada matanya cukup sempurna. 

"Masa itu umur saya 19 tahun dan dia 30 tahun. Memang waktu itu dia lelaki yang tidak ada cacat celanya. Saya mengenalinya secara kebetulan kerana dia adalah jiran saya ketika menyewa di Port Klang. Kiriman sajak kepada saya menjadikan saya jatuh cinta. 

"Tidak lama memadu kasih saya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun langit tidak selalu cerah. Setahun mendirikan rumah tangga dia mengalami kemalangan yang melumpuhkan dirinya, menjadikan dia bagaikan patung tidak bernyawa," katanya.

Maimunah memohon cerai terhadap suaminya, Alimudin. Dia memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003. 

Maimunah berkata, pada usia semuda itu dia terpaksa mengharungi hidup bagaikan seorang suami. Bekerja siang dan malam, pada masa sama memastikan kebajikan suami terpelihara. 

Usahkan bermanja, berbual mesra dengan suami tidak lagi boleh dilakukan, lantaran kesan kemalangan itu memberi tekanan kepada saraf bahagian kepala Alimudin menjadikan dia tidak mampu berbuat apa-apa, sekadar mengelipkan matanya saja. 

Selain perlu dijaga bagaikan anak kecil, lebih daripada itu perlu kerap melakukan rawatan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur yang memakan masa selama satu hari lantaran menetap di Klang.

"Dia umpama bayi. Sebelum keluar rumah saya perlu membersihkan tubuhnya. Saya akui ia memang kerja yang agak sukar dilakukan sendirian. Sebelum ini saya mampu menggaji pembantu rumah, tetapi untuk menjimatkan perbelanjaan, saya tidak memakai pembantu. Saya rasa 'letih' dengan keadaan itu. Saya bosan, malah terlalu muda untuk mempersia-siakan hidup bersamanya. Lebih daripada itu saya belum dikurniakan anak kerana dia tidak mampu. 

"Sudah puas berfikir akhirnya saya memberanikan diri untuk berkata tidak kepada semua beban itu. Walaupun rasa cinta terhadapnya masih bersisa, saya fikir sudah sampai masanya saya mementingkan diri sendiri," katanya sambil berlinangan air mata. 

Maimunah berkata, keluarga kedua-dua belah pihak memahami situasi dialaminya dan ibu mentuanya juga pernah mengusulkan kepadanya supaya bercerai kerana kasihankan Maimunah. 

Keluarga menyerahkan sebarang keputusan kepadanya. Bagaimanapun yang menjadi masalah kini, apabila Alimudin seakan tidak dapat menerima hakikat perceraian itu. Walaupun tidak mampu berkata-kata, Alimudin memahami apa yang terjadi itu dan kerap dilihat mengalirkan air mata. 

"Saya fikir Alimudin perlukan masa untuk menerima hakikat kehidupan. Saya sudah memilih jalan hidup saya dan berharap dia juga reda dengan apa yang berlaku," katanya yang menyatakan bekas ibu mentuanya memberi jaminan untuk menjaga Alimudin. 

Begitu pun, Maimunah menafikan yang dirinya sedang dilamun cinta bersama lelaki lain sebaliknya menyerahkan jodoh kepada Ilahi. 

"Memang benar saya ingin menimbang cahaya mata, tetapi bukan dalam masa terdekat. Saya hanya berserah," katanya.

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (3)

  • khairil
    Posted by khairil Mon Feb 22, 2010 10:40 AM 712 days ago

    aper yang berlaku itu atas ketentuan ilahi... dengan pergorbanan seorang isteri pasti akan menjanjikan syurga... (h)

  • eijie
    Posted by eijie Mon Feb 22, 2010 02:29 PM 712 days ago

    islam tu agama yg adil, sekiranya lelaki tidak mampu memberi nafkah zahir atau batin jd bolehlah si isteri memohon cerai...

  • abang nsemmm
    Posted by abang nsemmm Fri Feb 26, 2010 11:50 PM 708 days ago

    ala normal benda2 mcm tu???????kalo terpksa no hal nyer...


Please log in to post comments