Superhero anda adalah agenda Yahudi??


Kepada Faizal Tahir dan peminat2 mana2 superhero Hollywood, jangan taksub pada Superman dan sewaktu dengannya. Silap haribulan boleh terpesong akidah kita sebagai umat Islam. Aku baca tulisan Datuk Johan Jaafar tentang agenda Yahudi yg dipublish dalam Berita Harian.

Sape rajin, sila baca kat bawah ni. Kalo tak, baca yg aku bold kan aje. hohoho.. Nasib baik aku buat poll pasal Superhero Jepun.. Dasar pandang ke timur. haha,

154 filem dalam masa 62 tahun corakkan minda penonton

 

TIDAK banyak orang yang tahu bagaimana budaya popular digunakan secara berkesan oleh bangsa Yahudi untuk mempengaruhi pemikiran dunia. Paling berpengaruh tentulah seni filem. Kita semua tahu bahawa industri filem di Hollywood dikuasai oleh kaum Yahudi. Bukan saja pengeluar filemnya Yahudi tetapi pengarah filem dan ramai pelakon pentingnya juga berbangsa Yahudi. Kita bukan bercakap tentang filem cereka saja tetapi juga drama dan siri TV popular.

Filem telah digunakan secara strategik oleh pembikin filem Yahudi sejak sekian lama untuk mengingatkan dunia tentang 'kesalahan' Adolph Hitler dan Jerman sewaktu di bawah kekuasaan Nazi. Pelbagai filem muncul bagi menunjukkan bagaimana askar dan pemerintah Jerman ketika Perang Dunia Kedua begitu kejam dan patut dibenci. Kita sebagai penonton menyaksikan bagaimana askar Sekutu mengalahkan tentera Jerman. Kita turut teruja dengan adegan perang yang begitu dramatik sambil menyorakkan kemenangan tentera Sekutu terhadap Jerman.

Dalam konteks yang sama kita juga diperingatkan tentang angkara Hitler dan konco-konconya dalam Peristiwa Holocaust. Ia dikaitkan dengan 'Penyelesaian Terakhir' Hitler untuk menghapuskan kaum Yahudi dari Jerman. Salah satu caranya ialah dengan membunuh kaum Yahudi beramai-ramai sama ada di kamar gas (gas chamber) atau dengan cara menembak mereka. Menurut riwayatnya enam juta kaum Yahudi menjadi mangsa 'pembersihan etnik' (pogrom) Nazi pada masa itu.

Selepas Perang Dunia Kedua, kaum Yahudi yang mulai bertapak kuat dalam pelbagai sektor niaga mendapat kekuatan baru. Mereka bukan saja memburu orang kanan Hitler yang melarikan diri tetapi juga menggunakan wang dan kreativiti mereka menggunakan budaya popular bagi kepentingan mereka. Maka lahirlah filem yang bertemakan Holocaust. Muncullah apa yang dikenal sebagai 'Sinema Holocaust'.

Sebaik-baik saja Perang Dunia Kedua berakhir pembikin filem Yahudi memula langkah menggarap penganiayaan ke atas kaum Yahudi serta kekejaman Nazi ke atas mereka. perbuatan Nazi di Jerman. Di antara filem pertama mengenai Holocaust ialah The Stranger arahan Orson Welles yang dibuat pada tahun 1946. Filem ini dipercayai yang pertama menggunakan filem arkib dari kem-kem tahanan (concentration camps) untuk Yahudi.

Sejak itu, sehingga tahun 2008, telah muncul 154 buah filem yang bertema atau menggunakan Peristiwa Holocaust. Ini bermakna secara purata 2.4 buah filem setahun dalam masa 62 tahun itu. Kebanyakan filem ini dikeluarkan oleh Hollywood, selebihnya oleh karyawan filem Yahudi atau yang bersimpati dengan mereka di Eropah. Dalam kajian yang dibuat oleh Annette Insdorf dalam bukunya Inedible Shadows, beliau menyenaraikan 272 buah filem yang boleh dikategorikan dalam 'Sinema Holocaust' di antara 1939 hingga 1989. Beliau memasukkan apa saja filem yang merujuk atau memberikan implikasi peristiwa itu. Ini bermakna rujukan tidak langsung peristiwa itu juga dimuatkan. Menurut beliau di antara tahun 1990 hingga 2003, terdapat 170 buah filem lagi dalam kategori itu.

Sebagai penonton, kita melihat drama manusia yang luar biasa. Kita mengagumi kreativiti mereka. Kita melihat mutu pembikinan filem yang baik pengarahan terpuji, lakonan mengagumkan dan cerita yang sentiasa menarik. Tanpa kita sedari mesejnya sampai pada kita. Bangsa Yahudi dianiaya. Kita patut bersimpati. Dan siapapun yang melakukan kekejaman ke atas mereka harus dikutuk.

Filem-filem ini tidak saja memenangi hati penonton tetapi juga pengkritik. Malah banyak yang memenangi hadiah termasuk Hadiah Akademi. Filem mengenai Holocaust yang pertama mendapat Hadiah Akademi ialah The Diary of Anne Frank pada tahun 1959. Filem ini memenangi tiga hadiah, Pelakon Wanita Pembantu Terbaik (Shelly Winters), arahan seni dan sinematografi. Selepas itu banyak lagi filem Holocaust yang memenangi Hadiah Akademi. Kisah diari gadis sunti Yahudi bernama Anne Frank ini banyak difilemkan selepas itu. Malah Anne Frank menjadi simbol kekuatan kaum Yahudi menentang Nazi Jerman.

Pada tahun 1976 muncul pula sebuah filem arus perdana yang membawa kisah seorang anggota Nazi yang lari ke sebuah negara di Latin Amerika. Marathon Man dilakonkan oleh Dustin Hoffman dan Laurence Olivier. Olivier membawakan watak pelarian Nazi. Filem berlatar belakang Holocaust mendapat perhatian semula apabila Sophie's Choice memberi kemenangan Pelakon Wanita Terbaik pada Meryl Streep kerana membawakan watak seorang ibu Yahudi dari Poland yang harus membuat keputusan anak yang mana harus dikorbankan.

Filem Holocaust yang paling banyak memenangi Hadiah Akademi ialah Schindler's List arahan Steven Spielberg pada tahun 1993. Filem ini memenangi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Adaptasi Terbaik, Sinematrografi Terbaik, Penyuntingan Terbaik, Arahan Seni Terbaik dan Muzik Asal Terbaik, tujuh kesemuanya. Filem ini mengisahkan seorang usahawan Jerman bernama Oskar Schindler yang menyelamatkan lebih 1,000 orang Yahudi dari dibunuh. Filem ini memaparkan keganasan seorang komandan kem tahanan bernama Amon Goth yang dilakonkan oleh Ralp Fiennes.

Pada 2002 sebuah filem yang menggunakan kisah pemain piano berbangsa Yahudi dari Poland bernama Wladyslaw Szpilman mucul. Filem The Pianist memenangi tiga Hadiah Akademi termasuk Pelakon Lelaki Terbaik pada Adrien Brody. Brody juga memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Cannes, kali pertama pelakon dari AS mendapat kemenangan sedemikian. Bagi kebanyakan orang, filem mengenai Holocaust selalu menarik perhatian juri yang dipengaruhi oleh establishment Hollywood yang pro-Yahudi.

Pada tahun ini akan muncul beberapa buah filem arus perdana lagi mengenai Holocaust, di antaranya Defiance, Valkyrie, The Boy in Striped Pajamas, The Reader, Adam Resurrected dan Good. Walaupun filem Valkyrie bukan mengenai Peristiwa Holocaust tetapi kisah seorang berpangkat kolonel dalam tentera Jerman bernama von Stauffenberg (lakonan Tom Cruise) yang cuba membunuh Hitler berpunca dari ketidaksenangannya mengenai cara Hitler cuba 'menyelesaikan' masalah Yahudi.

Bagi pembikin filem Yahudi dan simpatisan mereka 'Sinema Holocaust' mempunyai fungsi yang tersendiri. Mereka menggunakan filem sebagai alat propaganda yang penting dalam mengartikulasikan pendirian mereka. Juga untuk menarik simpati pada bangsa mereka. Mereka juga memberikan ingatan pada dunia tentang kekejaman Nazi ke atas bangsa mereka. Semuanya dilakukan secara kreatif, halus dan penuh berseni.

Kita terlupa misalnya bahawa watak Superman dicipta oleh Jerry Siegel dan Joseph Shuster dalam bentuk komik untuk menaikkan semangat bangsa Yahudi. Superman ialah lambang penting bagi tujuan itu. 'Kal-El' dalam cerita Superman ialah 'Tuhan' dalam Bahasa Hebrew. Komik yang bermula pada bulan Jun 1938 itu kini menjadi bahan buku, filem dan imej popular yang dipakai oleh kanak-kanak di seluruh dunia termasuk kanak-kanak Muslim. Begitu berpengaruh watak Superman ini hingga kedua-dua penciptanya tersenarai sebagai tokoh penting dalam buku The Jewish Contribution to the 20th Century yang disusun oleh Alan Symons. Mereka juga tersenarai sebagai 100 tokoh penting Yahudi yang dibuat oleh Michael Shapiro.

Beginilah cara bijak yang digunakan oleh kaum Yahudi untuk menawan hati dan perasaan masyarakat dunia. Budaya popular seperti filem, muzik dan novel menarik perhatian jutaan pembaca dan penonton. Dalam era di mana maklumat menentukan siapa yang berkuasa, mereka menguasai media. Media di tangan mereka membolehkan mereka bukan saja menentukan agenda pemikiran tetapi turut mencorakkan nilai dan kecenderungan manusia.

Siapapun yang menguasai minda akan dapat menjajah sesiapapun.

 

Tags : , , , , ,

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (23)

  • lynn
    Posted by lynn Wed Feb 04, 2009 12:07 AM 1200 days ago

    ohoho.. dlu2 je minat superman. skrg da tak tgk da :$

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Wed Feb 04, 2009 12:10 AM 1200 days ago

    skg lynn tengok chempiang ye. chempiang telinga besar.

  • lynn
    Posted by lynn Wed Feb 04, 2009 12:13 AM 1200 days ago

    tinge2 jgn main, sensitif ni pas azim ckp mcm tinge babar. hahaha! skrg da kurg tgk cita2 mcm ni. rse2nya yg last sy tgk, matrix yg no 3, btah pe tajuk. suka kat neo. haha

  • mark qiesh
    Posted by mark qiesh Wed Feb 04, 2009 12:20 AM 1200 days ago

    layan wonderpets sudaaa

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Wed Feb 04, 2009 12:27 AM 1200 days ago

    ye ke ni. td kata suka tgk superman main. hohohoh.. main apa la agaknya tuh.

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Wed Feb 04, 2009 12:28 AM 1200 days ago

    hoho mark qiesh, ko layan wonderpet ka? itu kerjasama kanak2.

  • lynn
    Posted by lynn Wed Feb 04, 2009 12:31 AM 1200 days ago

    haha kat tv.. dlu2 la, time dean cain dgn teri hatcher.. sy time tu djh 2 3 kot..

  • sakaneXus
    Posted by sakaneXus Wed Feb 04, 2009 12:39 AM 1200 days ago

    super MAN :)

  • lynn
    Posted by lynn Wed Feb 04, 2009 12:43 AM 1200 days ago

    pnyala lama tggu post ni siap, setgh jam.. kalil pon ntah2 da pengsan :p

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Wed Feb 04, 2009 12:44 AM 1200 days ago

    tapi superman jadi ayam lepas kene kryptonite. maknanya kita kene cari kryptonite yg boleh mengalahkan yahudi

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Wed Feb 04, 2009 12:44 AM 1200 days ago

    huh. dean cain dgn teri hatcher? dorg main kejar2 kan. hehe. itu bukan superman, tapi bukan ke citer superboy. ;)

  • lynn
    Posted by lynn Wed Feb 04, 2009 12:47 AM 1200 days ago

    superman la yg keje kat ape company dorg tu, em, daily planet ke..

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Wed Feb 04, 2009 12:56 AM 1200 days ago

    kalo citer superman, superman tu dah tua. kalo lynn ckp time citer tu lynn darjah 2, itu citer superboy rasanya (versi superman muda) yg skg ni da tuka jdi SmallVille.

  • lynn
    Posted by lynn Wed Feb 04, 2009 12:58 AM 1200 days ago

    ahahaha :p

  • lynn
    Posted by lynn Wed Feb 04, 2009 01:00 AM 1200 days ago

    hoho, awk minat anuar zain ke? kan awk pki pic dia hr tu kan?

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Wed Feb 04, 2009 08:05 AM 1199 days ago

    uii.. xde masa nak minat anuar zain. album dia pun tarak. ni sbb tension si zandra curang yg begamba sblh anuar zain.

    smlm tetido dpn komputer. hohoho.

  • eijie
    Posted by eijie Wed Feb 04, 2009 09:34 AM 1199 days ago

    Layan r Keluang Man.... Percayalah produk buatan tempatan, animasi kartun t2 agak xbest tp jalan cite dia layan gak..

  • lynn
    Posted by lynn Wed Feb 04, 2009 09:40 AM 1199 days ago

    keluang man mmg best hehe

  • helmy
    Posted by helmy Wed Feb 04, 2009 09:57 AM 1199 days ago

    aku suka inseptor shab heheeh (h)

  • Sahar
    Posted by Sahar Wed Feb 04, 2009 11:13 AM 1199 days ago

    aku tgk papaya

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Wed Feb 04, 2009 12:46 PM 1199 days ago

    aku tgk cannibal holocaust

  • wan[bknnamasbnr]
    Posted by wan[bknnamasbnr] Sat Feb 14, 2009 12:41 AM 1190 days ago

    sokong batman leh? die lawan superman xD

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Sat Feb 14, 2009 12:47 AM 1190 days ago

    pelakon batman cristian bale tu dah jadi badman la. cuba check video dia. dia maki hamun orang kat set.


Please log in to post comments