Suami, Isteri dan Cermin



Ini kisah tahun 60 an dulu pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan.. Rumah dorang

ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi

berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

 

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan.. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon

bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

 

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah

satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

 

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan

perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .

 

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau

cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

 

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

 

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh

suaminya tu..

 

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

 

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

 

Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la

perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Tags : , ,

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (5)

  • AiE
    Posted by AiE Sat May 23, 2009 02:14 PM 1091 days ago

    :| :|

  • nadiah_hanis
    Posted by nadiah_hanis Sat May 23, 2009 02:27 PM 1091 days ago

    :D :D

  • ebob
    Posted by ebob Sat May 23, 2009 11:34 PM 1091 days ago

    :p :p

  • adipure
    Posted by adipure Sun May 24, 2009 08:23 AM 1090 days ago

    ;) ;)

  • fiezayanki
    Posted by fiezayanki Thu May 28, 2009 10:31 AM 1086 days ago

    (h) (h)


Please log in to post comments