Siape yg salah??..=)


Begini kisahnya..Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan.Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'

Kebai
kan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8...pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Keran
a sama-sama ada kekurangan inilah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu...

Suatu
hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...

"
Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.
Bila sahaj
a bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi...hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...

"Eh anda ni Samat
... kuat betul makan lah... agak- agak lah..." katanya tersenyum..

"
Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...

Merek
a bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan...hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama...dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam
haji tentu
tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...

Apa lagi.
...

"Ehh orang
tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"

Merah
padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya,tetapi dia yang terkena....

Selep
as dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya lah.
..

=)

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (4)

  • mIruL@mIr
    Posted by mIruL@mIr Tue Dec 23, 2008 07:43 PM 1138 days ago

    hebat jugak cerita ni, tersenyum ak baca. huhu

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Wed Dec 24, 2008 09:53 PM 1137 days ago

    mereka dan keluarge mereka

  • <cHiCkEn_mAgNeT>
    Posted by <cHiCkEn_mAgNeT> Fri Dec 26, 2008 10:07 PM 1135 days ago

    jangan main DAM.............hahahahah

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Thu Jan 01, 2009 09:55 PM 1129 days ago

    menghabiskan boreh ajo.


Please log in to post comments