Setiausaha DAP baca Al-Quran (cari dalam youtube)


Tindakan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming membaca ayat Al-Quran menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Malah, pelbagai pihak, termasuk mufti, Majlis Fatwa dan pihak berkuasa juga digesa mengambil tindakan sewajarnya bagi menyekat perbuatan itu kerana ia mempersenda agama Islam.

Presiden Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata tindakan Nga yang juga Setiausaha DAP Perak membacakan ayat al-Quran ketika berceramah adalah salah dan perlu diperbetulkan masyarakat Islam sendiri.

 

Membacakan ayat al-Quran dan tafsirnya tidak salah, tetapi jika ia dibaca untuk tujuan peribadi dan kepentingan politik semata-mata selain bacaannya tidak mengikut hukum tajwid adalah salah.

 

"Perbuatan Nga jelas menunjukkan niat membaca ayat al-Quran hanya untuk meraih undi bagi kepentingan politik terutama mendapatkan sokongan bagi kemenangan Pas dalam pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini, semalam.

 

Laporan itu dibuat susulan rakaman video youtube.com yang memaparkan Nga membaca ayat al-Quran selama tempoh satu minit 16 saat.

 

Dalam rakaman itu, Nga didakwa memberi salam secara tidak tepat dan membacakan petikan yang didakwa dari Surah 'Aura' yang tidak ada dalam al-Quran.

 

Ucapan berkenaan dipercayai disampaikan oleh Nga ketika berkempen di Tapak Pesta Simpang, dekat sini. Turut sama mendengar ucapan ialah Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

 

Sementara itu, Setiausaha BBPM, Hassan Hamzah berkata, pihaknya meminta Nga memohon maaf atas perbuatan itu dan meminta pemimpin Pas memberi pandangan mengenai hukum perbuatan menggunakan al-Quran yang tidak dibaca dengan tepat semata-mata meraih undi.

 

"Cukuplah dengan perbuatan terlanjur itu. Cuma Nga digesa memohon maaf atas perbuatan itu. Kami bersedia berdamai dan menerima maaf kerana Islam adalah agama perpaduan, saling memaafkan dan cintakan keamanan.

"BBPM menggesa pihak berkenaan memantau perbuatan itu dan tidak membiarkan ia berterusan. Sebagai Islam, kita tidak boleh bersubahat dengan perbuatan sedemikian kerana ia dilakukan untuk kepentingan politik," katanya.

 

Nga dakwa Nik Aziz kata tak salah baginya petik ayat Al-Quran

 

IPOH: Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, hari ini mendakwa kononnya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahunya bahawa beliau boleh memetik ayat Al-Quran walaupun beliau bukan beragama Islam.

"Tok guru Nik Aziz sendiri sudah menjelaskan kepada saya bahawa memetik ayat Quran tidak bersalah," katanya ketika diminta mengulas bantahan umat Islam ekoran tindakannya membaca ayat Al-Quran dalam satu ucapan di Bukit Gantang baru-baru ini.

Beberapa laporan polis sudah dibuat terhadap Nga kerana disifatkan melampaui batas.

"Saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, cuba dihalang," katanya. - Bernama

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (13)

  • cik elle'z
    Posted by cik elle'z Wed Apr 08, 2009 04:05 PM 520 days ago

    setau saya, orang bukan Islam tak boleh baca ayat suci Al-Quran sbb:
    1-dikhuatiri bacaan salah, kerana tidak ikut tajwid, maksudnya sudah jadi lain. walhal org Islam sendiri yg baca Al-Quran tak ikut tajwid yg betul pun berdosa.

    2-Orang bukan Islam hanya boleh baca tafsir/terjemahan Al-Quran(dlm apa2 bahasa pun). Jika ingin memetik kata2 daripada Al-Quran cukuplah sekadar membaca tafsir dan terjemahannya sahaja.

  • Ikhwan
    Posted by Ikhwan Wed Apr 08, 2009 04:22 PM 520 days ago

    (y)

  • mark qiesh
    Posted by mark qiesh Wed Apr 08, 2009 08:40 PM 520 days ago

    bukan xboleh la...
    cume tak digalakkan sbb:
    1. Al-Quran kitab suci yg terakhir diturunkan untuk semua kaum..
    2. Syaidina Umar r.a masuk islam selepas membaca Al-Quran

  • matpet
    Posted by matpet Wed Apr 08, 2009 09:51 PM 520 days ago

    tp matki, masalahnye sekarang ni...
    - Al-Quran telah dipolitikan...emmmm.. :o
    - Apekah mereka segaja utk memancing bg meraih undi atau ikhlas utk memperjuangkan yg trkandung dlm isi mukjizat Rasulluah s..a.w itu....?
    - politik pd masa kini brbanding politk pd masa zaman Rasulluah s.a.w adalah jauh berbeza, so kite xleh nk samakan walaupun pd hakikatnye politik telah bermula pada zaman tersebut.. :o

    apakah pandangan anda semua....?

  • khalil
    Posted by khalil Thu Apr 09, 2009 12:33 AM 520 days ago

    mana la tau, kot kot dia baca, sekali dia peluk islam kemudian hari.

  • AiE
    Posted by AiE Thu Apr 09, 2009 12:52 AM 520 days ago

    cam bias je artikel brita tuh ..

  • cik elle'z
    Posted by cik elle'z Fri Apr 10, 2009 03:15 PM 518 days ago

    sebelum mengaji, kene tau alif ba ta dulu.

  • Ikhwan
    Posted by Ikhwan Fri Apr 10, 2009 03:18 PM 518 days ago

    td kat masjid dgr kutbah psl ni gak

  • cik elle'z
    Posted by cik elle'z Fri Apr 10, 2009 03:25 PM 518 days ago

    ye ke? apa pak imam ckp psl ni?

  • Ikhwan
    Posted by Ikhwan Fri Apr 10, 2009 04:19 PM 518 days ago

    dia ckp boleh baca n rujuk Al Quran, tp dia xckp plak tafsir AlQuran, dia ada ckp psl yusuf islam dan lain2, cm memula diorg kaji smua kitab, so yg sya paham diorg kaji/baca AlQuran dulu sebelum masuk islam,tp dia xckp pasal tafsir AlQuran

  • AiE
    Posted by AiE Fri Apr 10, 2009 05:53 PM 518 days ago

    (y) (y)

  • phieww
    Posted by phieww Mon Jul 20, 2009 03:29 AM 418 days ago

    untuk pengetahuan sume.. ap yg t'kandung dalam qur'an adalah kalimah ALLAH.. sebagai islam kita wajib yakin yg tiada tuhan yg disembah melain ALLAH, jd bila mana ad penganut agama lain yg mempercayai kalimah2 ALLAH.. itu adalah 1 perkara yang kita wajib sokong.. saya pernah 1 ketika berada bersama yb nga kor ming di bangunan suk perak, smpi je waktu asar, saya b'sama2 yb hj nizar jamaludin sebagai imam sama2 menunaikn solat.. kuar je dr surau kami tgk yb nga tgh tggu.. dia bleh ckp ngan kami 'mungkin 1 ari nnt kta jemaah sama2..' ap yg perlu kta buat adalah m'beri kefahaman ttg islam, bkn melarang penganut lain m'dekati islam.. byk pemimpin 'islam ' skrg pn xpkai ayat qur'an sebagai panduan utk rakyat yg diaorg pimpin.. juice..

  • phieww
    Posted by phieww Mon Jul 20, 2009 03:36 AM 418 days ago

    utk pengetahuan korngal.. RASULLULAH sorg yg buta huruf.. ad hafiz yg buta matanya sejak lahir.. mna dia knal huruf.. tp dia dpt jd qari sbb ingatannya.. xsemestinya kna tau alif ba ta br bleh petik ayat qur'an.. cari ilmu dlu sblm wat komen..


Please log in to post comments