Selamat Hari Bapa - Part 1


-Al-Fatihah buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan Selawat dan Salam ke atas Baginda..
-Al-Fatihah kepada Allahyarham Hj Mohamad bin Jaaffar yang telah pulang ke Rahmatullah pada 20 Januari 2001. Semoga roh mu sentiasa dalam payung rahmat dan kasih sayang ALLAH S.W.T



Cerita Hari Bapa : Rinduku pada abah - Part 1
--------------------------------------------------------------


7 tahun kehilangan kasih seorang lelaki bernama ayah atau lebih biasa aku panggil abah. Sejak dibangku sekolah menengah aku sudah berteman linangan airmata tatkala mengenang kembali ape yang telah beliau lakukan untuk memastikan setiap cahaya matanya berjaya di dunia dan di akhirat

22 tahun sudah ALLAH beri aku keni'matan untuk hidup di dunia yang hanya persinggahan yang tidak tahu bila penghujungnya. Adakah esok hayat kita akan berakhir, lusa, tulat? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segala perjalanan hidup kita sebagai insan dan khalifah. Dan 22 tahun juga sudah aku kenali betapa besarnya pengorbanan seorang bapa kepada anak-anaknya yang mahukan di dalam diri mereka tertanam rasa kasih sayang, di sulami perjuangan yang ditaburi dengan Iman dan Islam sebagai landasan hidup. Blog aku kali ini akan aku perterangkan sedikit sebanyak cerita di sebalik hidup aku sebagai seorang yang terlalu merindui kasih seorang ayah yang sudah sekian lama aku hausi utk aku tatapi.

Hari bapa..setiap hari adalah hari bapa bagi aku. Begitu juga hari ibu dan hari guru. Meraka pemangkin kejayaan di dalam diri kita yang langsung tidak boleh kita nafikan dan tidak layak bagi kita menidakkan perihal ini. Mungkin juga sebab ayah dan emak aku mereka juga guru yang diberikan tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi lebih cemerlang sahsiah luaran dan dalaman.

Dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang agak besar kerana ayah dan emak punyai belasan adik beradik. Tapi aku anak bongsu di dalam keluarga aku tak pernah jumpa semua kerana ada di antara mereka sudah pulang menyambut seruan Ilahi di saat masih kecil dan ada juga yang berhijrah ke Arab Saudi. Tidak pasti pula tujuan mereka berhijrah ke sana. Tapi cukup lah di Malaysia sahaja, aku rase bukan semua sempat dilawat walaupun ayah dan emak guru sekalipun banyak masa selepas waktu persekolahan. Ayah dan emak boleh aku kategorikan sebagai usahawan walaupun objektif utamanya sedikit berlainan. Mereka pernah mengusahakan banyak jenis pertanian seperti pisang, koko, kelapa kampung dan juga kelapa sawit. Yang berkekalan sehingga kini adalah kelapa sawit. Penternakkan pula kambing dan lembu  yang dibuat secara besar-besaran. Lembu ternakkan arwah abah tidaklah terlalu banyak tapi cukuplah untuk dijual kepada orang-orang kampung jika ada kenduri tapi bukan semua. Abah sangat sayangkan lembu-lembu tu, sekalipun aku tak berpeluang untuk bersama-sama abah menjaga ternakan itu kerana aku masih kecil. Kambing pula hanya dibuat dibelakang rumah. Sekalipun dibelakang rumah, abah buatkan satu kandang besar dan jumlah ternakkan masa tu mungkin mencecah 20 ekor. Juga masa aku kecil abah uruskan kambing ini. Tapi bukan utk jualan. Aku pun tak berapa ingat mana pergi kambing-kambing tu sbb abah memang tak jual kambing-kambing tu sbb dia sayangkan sgt binatang ternakan nya. Begitu lah kasih sayang seorang manusia kepada haiwan. Bagaimana kasih sayang kita kepada ayah ibu kita? Bukan samakan mereka begitu, tetapi betapa kasih sayang itu terpancar sekalipun pada haiwan. .

Aku bersekolah di sekolah di kawasan rumah aku, jarak lebih kurang 5 km dan setiap hari abah akan pergi sekali dengan aku sbb abah mengajar di sekolah yang sama dengan aku. Bayangkan 6 tahun sekolah kebangsaan aku tak pernah bawak duit belanja sebab waktu rehat abah akan berada di kantin untuk bagi aku makanan atau pun dia akan pesan pada makcik kantin bagi pada aku. Alangkah bestnya setiap hari dpt makanan cikgu dan dicemburui oleh kawan-kawan sekelas. Abah seorang cikgu pakar matematik dan ingat tak konsep "BIJAK SIFIR"  di awal tahun 90-an? Untuk peringkat negeri johor, abah adalah instructor kerana idea BIJAK SIFIR ini adalah idea nya! Bermula dengan JPN Johor, abah sering pergi kursus sehingga peringkat kebangsaan untuk mendedahkan betapa effektifnya kaedah ini kepada murid - murid luar bandar. Bangga menjadi anakmu abah. Kerana tempias nya dapat kat anaknya ni yang tak pandai matematik masa darjah satu. Aku tak suka bwk bijik saga atau bijik asam jawa yang cikgu suruh dan aku selalu kena marah ngan abah sbb memang bende tu pun abah ajar aku kat rumah, cuma malu nak bawak. Aku mintak abah belikan biji-biji besar warna-warni. Abah belikan dan aku mula pakai di kelas sekalipun kena ejek! Takpe..bapak aku cikgu, ape aku nak risau. Lama-lama ok sbb lama-lama diaorg jeles. Cuma aku tak tahan dengan abah bila aku buat salah dalam kelas. Paling takut sbb kalau aku buat 2 salah dalam maths, kena cubit(atau apa2 hukuman) 2 kali pastu kat rumah kena lagi dua sekalipun kawan aku buat salah yang sama. Aku berhati - hati dalam buat MATH! sbb takut kena denda. Walau aku tak suka, aku rase betul tindakan abah sbb tak nak nampak bias dalam mengajar.

Balik rumah, lepas kena extra hukuman, aku akan merajuk sbb sakit. Mak aku tengokkan je sbb mak aku lagi garang. Sbb tu aku taknak sekolah satu sekolah ngan mak aku sbb aku tau mak aku garang sangat2. Kat rumah dulu ada 3 bilah rotan, senjata mak aku untuk didik anak2 dia. Terima kasih mak sbb itu yang buat kami ni semua jadi mcm ni sekarang.. Terima kasih...(sedih)..Abah akan guna skill biasa, masuk bilik lepas aku balik sekolah petang, dia akan pujuk aku ckp kenapa dia buat mcm tu. Ada satu masa aku tak nak ckp dengan abah, kami communicate guna kertas dan pen. Punya lah zalimnya aku sebagai anak.. Tapi mase tu tak bleh nak fikir jauh..Abah ni memang garang disekolah, tapi dirumah dia mmg baik dan lembut. Jarang dia tinggi suara. Kecuali aku wat perangai gile aku buat bende bukan mcm main air ngan main pasir. Yang paling sadis ialah time exam. Abah akan study sekali dengan aku sbb aku ni pemalas nak study. Kadang-kadang notes pun abah carikan. (utk pengetahuan pembaca, aku anak yang paling manja dan mengada-ngada ngan abah...)Selagi aku tak cover semua, jangan mimpi nak tengok abah tido atau buat kerja lain. Itu lah keistimewaan abah.

Aku nak apa je confirm dapat dan itu yang menjadi kebencian abg2 dan kakak2 aku. Anak bongsu lah katakan. Mase tu aku lepas bertuttttttttttt(drjh 3) aku nak kereta control, abah belikan gak. Sehingga satu hari aku eksiden depan rumah lepas balik gotong royong hari sabtu kat sekolah agama. Kena langgar ngan kereta honda. Bangga seh! Masuk hospital dan kemudian balik rumah. Mase tu aku dpt cuti beberapa hari. Pagi abg aku jaga sbb mase tu dia baru pas SPM kot. Balik sekolah abah jaga plak. Mase tu abah start tido sebelah aku hampir setiap malam temankan aku..sebelum tu ada gak abah tido sblh aku cuma kadang2 jek.. Aku balik ke rumah dari hospital aku masih tak ok sbb muka bengkak. Selamat aku tak de patah ape2 anggota badan. Lepas2 tu aku pegi sekolah mcm biasa cuma tak selesa tu ada sbb bengkak still nmpak kat muka n badan aku sakit-sakit lagi. Mase tu nak periksa akhir tahun. Abah suruh gak aku masuk periksa. Kali pertama aku dapat keputusan yang aku tak suka nak tgk. No 3 dlm kelas. Aku pemegang rekod no 1 atau no 2 kat kelas tapi bile dapat no 3 mcm tamparan hebat jugak la..ape pun abah ckp kat aku tahniah sbb aku masih boleh dpt no yang baik sekalipun tak prepare utk exam.

Abah pencen masa tu aku darjah lima. Aku dah jadi pening sbb selama ni abah ada ngan aku. At last, abah extend kerja sampai umur 56 (standard 55 cikgu format lama) dan mase tu dia dah berehat kat rumah 3 bulan dan dapat smbung mengajar satu sekolah dengan mak aku dan kemudian pindah ke sekolah bandar. Mase pindah di sekolah bandar, abah suruh aku transfer sekali ke sana. Aku follow je tapi sbnrnye susah nak sesuaikan diri sbb tempat baru. Masuk-masuk sekolah baru aku dpt duduk kelas pertama dan jadi ketua darjah. Baru 2 minggu dah dpt jawatan dan ada yang tak puas hati. Aku tolak sbb aku ckp kat cikgu kelas aku ramai tak suka. Dia nak jugak n mula2 susah tapi lama2 ok. Darjah 6 aku dapat jadi pengawas. Kena baca doa pagi2. Sbb pagi2 naik kete g sekolah kadang2 aku lmbt smpi. Tapi cikgu2 tak kisah sbb aku ngan abah. Itu lah keistimewaan anak2 cikgu.

Dari darjah 1 smpi darjah 6 aku wakil sekolah untuk pertandingan Tahfiz. Hanya masa darjah 6 je aku menang peringkat zon dan pergi peringkat daerah. Kat daerah aku kalah dengan budak yang dpt no 2 masa kat zon sbb mase tu format baru (no 1 & no 2 peringkat zon boleh pergi peringkat daerah). Kalah tipis. Yang beri tunjuk ajar kat aku utk tahfiz adalah abah, ustazah sekolah dan ustaz. Sekalipun kalah, aku rase mcm biasa je sbb aku dah pernah kalahkan si juara bertahan atau nama yang lagi tak leh tahan juara menunggu (yg dpt no 2 kat peringkat zon).. Mmg suara dia sedap pun. Sepanjang 6 tahun aku bertanding, abah adalah supporter yang sgt kuat sbb tak pernah miss setiap kali aku bertanding. Cuma sekali je masa aku pergi peringkat daerah masa darjah 6 abah tak follow sbb ada kerja kat sekolah. Bila dah kalah, aku balik semula sekolah dengan sedih. Smpi sekolah, aku menangis mcm nak gile peluk abah. Abah ckp kat aku tahniah sekalipun dpt no 2, lama aku peluk abah kat bilik guru smbil menangis smpi aku tertido kat pangku abah sbb letih menangis. Cikgu-cikgu lain tengok kan je sbb tak leh nak buat ape. Aku terasa abah belai kepala aku dan dia kucup ubun-ubun aku dia ckp yang dia syg sangat kat aku..Aku terjaga..Aku terus peluk abah dan aku ckp aku mintak maaf sbb kalah. Abah bangun kemas barang terus balik. Nak jalan pergi kereta abah paut bahu aku. Smpi kat kereta abah tenung mata aku, abah ckp abah bangga.. Menangis lagi aku mase tu..Aku rindu sgt time tu...(airmata aku mengalir nih...)

Sampai rumah, aku ckp kat abah aku tak nak pergi sekolah agama sbb aku nye mood dah tak de..Abah ok je tapi aku jeling2 gak. Tapi abah kasi aku rehat mase tu. Lepas solat zohor ngan makan, abah suruh aku rehat kat bilik sbb aku g tengok tv mase tu. Aku ikut je. Tgh nak terlelap, abah masuk bilik. Dia duduk kat katil aku tanya mcm mane pertandingan tadi. Susah ke soalan dari juri.. Aku ckp aku ok je just sangkot kat surah Al-Muthaffifin sbb tu surah baru hafal. Aku hafal 2 minggu terus g bertanding. Abah ckp takpe, kalah adat pertandingan. Aku cukup ralat dengan kekalahan tu sbb aku kalah dengan budak yang pernah kalah dengan aku sebelum tu. Abah suruh aku beralih skit dari tmpat aku baring sbb dia nak baring sebelah aku.. (katil king size) Mase tu mata aku dah merah balik sbb airmata dah bertakung lagi. Aku geram dengan kekalahan tu. Abah ambik tisu dan lapkan airmata aku. Dia tanya aku, "..kenapa mesti sedih sayang?" Dia peluk aku mase tu sangat2 erat. aku menangis dalam pelukkan kasih sayang seorang ayah...

End Part 1
---------------------------------------------



Nantikan sambungan yang akan diteruskan dalam :
Part 2 : Terputus sudah urusan dunia
Part 3 : Rindu yang terlalu ikhlas
Sekian..

Visit my blog http://www.ronstudios.blogspot.com

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (7)

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Sun Jun 08, 2008 05:59 AM 1337 days ago

    weh susah nak baca la

  • lynn
    Posted by lynn Sun Jun 08, 2008 08:22 AM 1336 days ago

    a'ah.. kecik sgt font die

  • dunia 5aisal
    Posted by dunia 5aisal Sun Jun 08, 2008 10:47 AM 1336 days ago

    pehh nk bace pun da naik malas ni,,font kecik,,pastu panjang lak tu,,huhuhu,,ape2 pu happy father day

  • ron
    Posted by ron Sun Jun 08, 2008 06:14 PM 1336 days ago

    guys, sebenarnya mmg aku dah space n what so ever..
    myb ada defect kot lepas upgrade ni..
    admin ckp dia akan repair
    sbb dulu ada formating, skrg ni mungkin admin ada planning yang lebih baik..
    nnti bile admin dah roger aku,
    aku akan repair...
    nantikan kemunculan part 2 selewat-lewatnya malam ni...
    assalamualaikum.. =D

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Mon Jun 09, 2008 04:41 PM 1335 days ago

    cuba try edit balik. mungkin elok kot ?

  • ron
    Posted by ron Mon Jun 09, 2008 07:24 PM 1335 days ago

    InsyaAllah malam ni aku sambung...

  • ejat forever
    Posted by ejat forever Thu Feb 05, 2009 01:31 PM 16 hours, 29 minutes ago

    mana part 3?


Please log in to post comments