Wajarkah seorang gadis yang sudah hendak mendirikan rumahtangga tak lama lagi tapi masih keluar berdua dengan kawan lelaki tanpa memberitahu kepada bakal suaminya? Apa jua alasan yang diberikan tetap tak boleh diterimapakai. Tindakan seperti itu tak ubah seperti mahu membunuh diri sendiri. Oleh kerana keseronokan sementara yang dikejar, padah berpanjangan yang diterima.

Sebagai gadis, tak seharusnya kehulur ke hilir dengan lelaki yang bukan ada apa-apa hubungan dengan dirinya. Kemana hilangnya maruah diri jika berperilaku sedemikian rupa. Berkawan pun ada batasnya. Jangan jadikan kawan sebagai tiket sah untuk berbuat sesukanya. Almaklum sajalah, lelaki ni berbunga-bunga hatinya bila keluar dengan perempuan. Apalagi jika perempuan tu cantik cun melecun. Pada mulanya memang sekadar kawan, tapi tak semua lelaki yang boleh berbuat begitu. Pada kebiasaannya lelaki akan mudah jatuh hati pada perempuan yang cantik. Mungkin si perempuan tu hanya anggap sekadar kawan tapi tidak pada lelaki. Apabila sudah jatuh hati, nanti timbul pula hasrat lain. Nak berpegangan tangan lah,itu lah,ini lah. Selepas itu? Sendiri mau ingatlah.

Dah lumrah lelaki tarikannya pada perempuan. Lelaki ada tabiat yang hampir serupa. Tidak kiralah samada yang masih bercinta atau yang sudah berkahwin iaitu suka akan perempuan lain tapi dalam masa sama tak suka pasangannya diganggu lelaki lain. Tapi tak semua begitu. Ramai lagi yang setia pada yang satu. itu semua normal. Tapi bagaimana pula jika lelaki yang setia tetapi pasangannya pula yang berlaku curang? Lelaki itu menjaga diri sebaik mungkin akan tetapi bakal isterinya berpeleseran dengan lelaki lain secara senyap-senyap. Perempuan jenis apakah itu? Tiada hati dan perasaan kah? Tidak rasa bersalahkah berbuat sebegitu? Adakah sudah tiada lagi malu dalam diri sehingga sanggup berbuat sebegitu?

Memang benar,zaman kini semakin mencabar. Tekanan kerja kadangkala memberi tertekan yang sukar ditepis. Tapi keluar dengan lelaki lain yang dianggap kawan sebagai cara untuk melepaskan tekanan adalah merupakan tindakan yang kurang bijak. Itu mengundang padah namanya. Apa tidaknya, syaitan gemar akan situasi sebegitu. Malah masyarakat setempat pun akan pandang negatif keatas orang sebegitu. Tapi yang menghairankan, mereka menganggap segala perbuatan mereka itu adalah betul selagi tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya. Lupakah dia bahawa dalam agama melarang akan perbuatan sebegitu.

Kini budaya bersosial sudah semakin parah. Perkara-perkara yang ditegah sudah dianggap seperti perkara yang biasa. Sudah tiada lagi rasa malu untuk berbuat perkara yang dilarang. Malah berbangga dengan budaya bersosial tersebut. Orang yang menentang budaya berkenaan akan di cop sebagai golongan yang kolot. Mengapa sebegitu dahsyat cara pemikiran anak-anak muda sekarang ini? Sama-samalah kita fikirkan…

 

MUAT TURUN MP3 PERCUMA

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 5.00/5 (1 votes cast)


from the community... (33)

  • sakaneXus
    Posted by sakaneXus Sat Mar 14, 2009 06:02 PM 538 days ago

    pmpuan bek untuk lelaki bek..renung2kn lah ;)

  • Sahar
    Posted by Sahar Sat Mar 14, 2009 07:04 PM 538 days ago

    (y)

  • Sahar
    Posted by Sahar Sat Mar 14, 2009 07:07 PM 538 days ago

    faj? knpe perempuan pegang tangan lelaki? adakah cinta or kawan? aku keliru la faj..

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Sun Mar 15, 2009 12:01 PM 537 days ago

    sakaneXus -->> mmg tul apa yg awk ckp.. tp seandainya awk penah wat jahat n putus ngan bf awk.. pastu awk leh terima ke lelaki lain yg xbaik utk jd suami awk??

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Sun Mar 15, 2009 12:06 PM 537 days ago

    sahar -->> dr apa yg aku tau la,ppuan pgg tgn laki ada byk sbb.. tp yg selalu diorg ckp adalah kerana nak "rasa dilindungi" n nak "tunjukkan rasa sayang". tu bg yg kapel la. klau yg kwn2 pastu bpggn tgn, tu aku leh simpulkan sbg mngada2 la. mgkin juga gatal biji. :D tp aku mmg xsetuju benda2 mcmni selagi lom ada ikatan yg sah sbb dah terang2 salah disisi agama.. (h)

  • nUruL
    Posted by nUruL Sun Mar 15, 2009 01:19 PM 537 days ago

    stuju ngn faj (y) xde ikatan sah xyah r nk berpegangan tgn,bepelok sakan dn swktu dgnnye
    tp pe kes kalo laki yg suke2 pegang tangan pompuan neh (h)

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Sun Mar 15, 2009 03:09 PM 537 days ago

    zars dotter -->> klau lelaki yg suka2 pgg tgn tu adalah kerana dia dah kawin.. :D bkn setakat pgg tgn je, yg lain2 pun akan dipegang.haha (6) . tapi bg yg lom bkawin tu, mgkin sbb dia susah nak kawal nafsu. sbb laki ni mmg nafsunya kuat kat ppuan. jd klau laki nak mgatal, yg ppuan tu xyah la melayan. tp ppuan ni pelik gak.. bising2 tp suka gak lelaki mgatal kat dia.. hehe ;)

  • aRe-FiFth
    Posted by aRe-FiFth Sun Mar 15, 2009 07:24 PM 537 days ago

    perempuan baik utk lelaki yang baik..

    perempuan tak baek untuk lelaki macam sahar.. hahahaha! (6) (6) (6)

  • Sahar
    Posted by Sahar Sun Mar 15, 2009 09:03 PM 537 days ago

    haha giant...pandainya.. :D (y)

  • Sahar
    Posted by Sahar Sun Mar 15, 2009 09:34 PM 536 days ago

    faj aku lame x dgr luahan hati kau..ko buat apa skrg? sibuk memanjang jer? cam mana business ?

  • cik elle'z
    Posted by cik elle'z Sun Mar 15, 2009 09:51 PM 536 days ago

    hahaha. faj, sakaneXus tu lelaki la.. tak sesuai langsung komen tu:

    "sakaneXus -->> mmg tul apa yg awk ckp.. tp seandainya awk penah wat jahat n putus ngan bf awk.. pastu awk leh terima ke lelaki lain yg xbaik utk jd suami awk??"

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Sun Mar 15, 2009 10:11 PM 536 days ago

    are-fifth -->> sahar kan baik.sbb apa? sbb dia xkisah dpt awek baik @ x.tul x sahar? hehe :D

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Sun Mar 15, 2009 10:12 PM 536 days ago

    sahar -->> aku ada je tp ada masalah teknikal sket la.. mencari awek tapi xjumpa2.. tu la masalah aku.. (h)

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Sun Mar 15, 2009 10:13 PM 536 days ago

    sun -->> sakanexus tu jantan eh.. adei,aku ingatkan betina.. hehe.. tp anggap jela sakanexus tu awek cun. leh gitu? :D

  • Sahar
    Posted by Sahar Sun Mar 15, 2009 10:28 PM 536 days ago

    aku terima seadanya yg blh menerima aku..aku x memilih..setiap insan akan berubah

  • Sahar
    Posted by Sahar Sun Mar 15, 2009 10:33 PM 536 days ago

    rilex ler faj..takkan lari gunung dikejar.. (h) aku pun single gak..

  • mark qiesh
    Posted by mark qiesh Sun Mar 15, 2009 10:35 PM 536 days ago

    kalo aku biar je la...
    asalkan drg jage batas-batas perhubungan...
    sng cite tgk pade keadaan...
    kalo kuar ramai-ramai lg cantek...
    bertambah cantek kalo ramai gadis...kan giant kan? (h)

  • mark qiesh
    Posted by mark qiesh Sun Mar 15, 2009 10:38 PM 536 days ago

    sahar mengeluarkan kata-kata seorang playboy di situ...hahaha
    i know ur secret...hahaha

  • Sahar
    Posted by Sahar Sun Mar 15, 2009 10:47 PM 536 days ago

    playsafe not playboy..seorang playboy pun pernah kene main la..ape dahh ahhaha ;(

  • cik elle'z
    Posted by cik elle'z Sun Mar 15, 2009 11:04 PM 536 days ago

    ala. janganlah nk buat statement biased. bukan pompuan aje, lelaki sundal@lelaki buaya pon ramai dah skg ni. kdg2 tengok rupa je baik, muka decent look tp sbnrnya dot dot dot.. gaya nak maintain aje, konon jantan yg terhangat di pasaran. ayat manis dgn semua betina utk jaga kepentingan diri sendiri.. ko boleh tengok je la, kat dlm internet ni byk wannabe. ada yg berlagak jadi perempuan cun, ada yg berlagak mcm lelaki hensem. tapi itu semua tipu daya.

    hanya jauhari yang mengenal manikam. kes curang ni, kalo bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi la. kalo takde yg melayan takde la kes main kayu tiga, empat, lima. kalo yg dah tunangan org tu, tak reti hukum ke haram rampas tunangan org. buduss..


  • Sahar
    Posted by Sahar Sun Mar 15, 2009 11:08 PM 536 days ago

    haha maqi..apa secret recepi aku..nak rasa sgt ek? nanti aku bg..hari 2 aku dah turunkan ilmu kat matpet..alhamdulilah dia dah happy selepas cuti 2..

  • aRe-FiFth
    Posted by aRe-FiFth Mon Mar 16, 2009 12:10 AM 536 days ago

    mark qiesh : hahaha~ betul tuh... 100% markah untuk anda. (y) (y)

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Mon Mar 16, 2009 08:33 PM 536 days ago

    sahar -->> ko masih playboy ke? hehe (6)

  • khalil
    Posted by khalil Mon Mar 16, 2009 09:07 PM 536 days ago

    usha la photo dia tu, ramai tuuuuu

  • Sahar
    Posted by Sahar Mon Mar 16, 2009 09:14 PM 536 days ago

    faj ---> weii xder la..aku biasa je...huhu
    aku sgt cinta kat seseorang..mungkin aku perlu banyak berubah mulai sekarang

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Tue Mar 17, 2009 11:29 AM 535 days ago

    khalil -->> mak ai, aku tak penah tgk gmbr sahar ni. bila aku tgk, mak ai, playboy besar rupanya.. hehe (6)

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Tue Mar 17, 2009 11:30 AM 535 days ago

    sahar -->> klau ko ada niat nak berubah, kena cepat2 la berubah.. jgn hanya impian tapi tak direalisasikan.. :)

  • nEaySaa
    Posted by nEaySaa Tue Mar 17, 2009 07:43 PM 535 days ago

    sahar stop k..i tahu u still hurt..

  • Sahar
    Posted by Sahar Tue Mar 17, 2009 08:21 PM 535 days ago

    ---> faj thanx..aku dlm proses nak berubah,alahai pic je 2..huhu..tp aku bknla playboy..mybe aku nie jenis peramah kut..hehe (h)
    ---> neaysa i dah stop since last year..im not sahar yg dulu..smoking i dah stop (y) ..u jangan bimbang k..i try lupakan si dia..im still parah..i hope god blh tlg sembuhkan luka i..im just nak fun n happiness nak lupakan dia (u) ..i dah jumpa new life.. (a)

  • matpet
    Posted by matpet Tue Mar 17, 2009 08:31 PM 535 days ago

    relek arr...
    kata lelaki..so mmg xleh lari gn sinonim playboy....
    dah mnjadi kebiasaan..
    tp kne ingat, gurl pun sama...
    lg dashyat diorg, sanggup membelakangkan suami lak 2...(cite btul yg aku dengari)
    so masing2 ade kesilapan tersndiri..

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Tue Mar 17, 2009 10:03 PM 534 days ago

    neaysaa -->> amik berat kat sahar nampak. ada apa-apa ke? hehe ;)

    sahar -->> huhu..gambar ganas2 tuuu.. seksi2 awek kat situ.. tu ke ex ko?? mak ai, dahsyat gak ko ni eh..hehe. klau pun ko bkn playboy, mgkin ko ni miangboy..hehe.. (6) apapun, berubahlah demi kebaikan.. (y)

    matpet -->> tul tu. zaman skrg ni ppuan lg dahsyat dr lelaki.. dunia oh dunia.. ;(

  • Sahar
    Posted by Sahar Wed Mar 18, 2009 10:52 AM 534 days ago

    --->faj betul2 perempuan lebih dasyat..ada satu cita member aku dia model kat jb umur 30 dan perempuan..selain ada income jadi model dia ambik income other services..kdg2 dgn duda org..suami org n mcm2 lelaki..cantik2 tp perangai x cantik.. (n) adoyaii
    ---> faj nisa concern kat aku as a friend..kita xder papa..cam 2 la kawan (y)

  • noor
    Posted by noor Sun Oct 11, 2009 04:27 AM 327 days ago

    aku setuju benar...harap aku tak melakukan perkara yang ditegah islam...


Please log in to post comments