Aku memang tak setuju dengan penguatkuasaan penggunaan tali pinggang tempat duduk belakang yang tengah rancak penguatkuasaannya sekarang ini. Pada aku tujuan dikuatkuasakan undang-undang ini hanyalah untuk menebalkan lagi kantung pihak polis, jpj dan kerajaan. Mana tidaknya, saman yang dikenakan adalah tinggi iaitu RM 300, bukannya RM 3 atau RM 30. Yang buat aku panas hati, pihak polis dan jpj beriya-iya sangat buat operasi sana sini, tapi sedarkah mereka bahawa mereka sendiri tak patuhi undang-undang tu. Selama aku hidup, rasanya belum pernah aku nampak polis atau jpj pakai tali pinggang keselamatan di dalam kenderaan mereka. Jadi janganlah sibuk-sibuk nak menyaman jika diri sendiri tak patuhi undang-undang. Berikan contoh terbaik terlebih dahulu sebelum nak lakukan sesuatu tindakan. Tidak adil sama sekali jika pihak penguatkuasa seperti mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang atas alas an tugas. Dengan menggunakan slogan “Tegas, Adil, Berhemah”, secara terang-terangan slogan yang digunakan mereka sudah tak dipatuhi. Jadi cermin muka sendiri dahulu sebelum nak menyaman atau mencari kesalahan orang lain. Sekian buletin jam 3.00 petang.
fajridiladha.blogspot.com/2009/01/saman.html