Assalamualaikum...
Aku rase terpanggil untuk memberi cadangan KEPADA DIRI AKU SENDIRI dan kawan-kawanku sekalian. Apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak, pasti akan ada beberapa perkara yang bermain di minda kita
1. Baju raya
2. Barang-barang baru
Tapi pernah kah kita terfikir tentang zakat? Sebelum ni, ibu bapa kita atau penjaga kita akan menyetelkan zakat kita. Sepertimana sebelum ni, mak saya yang membayarkan zakat. Tapi setelah memikirkan siapa sebenarnya yang perlu membayar zakat (kepada yang layak menerimanya sahaja), saya rasa ramai di antara kita sudah ada pendapatan sendiri dari perniagaan yang dijalankan sama ada kecil atau pun besar.
Sekalipun tidak banyak pendapatan kita, tapi boleh lah pakai bende yang branded sikit, ada kualiti skit, ada kelebihan lah senang cerita. JOM KITA BERZAKAT bagi yang ada pendapatan. Sekalipun kita masih ditanggung oleh ibu dan ayah dan juga MARA (pinjaman), bagi yang ada pendapatan selain dari yang telah saya sebutkan tadi, marilah kita bersama-sama ringankan tangan membantu orang-orang Islam yang berada di dalam kekurangan untuk menyambut hari penuh kemenangan di dalam Islam.
TAPI, bagi yang belum ada pendapatan sendiri, biarlah ibu bapa yang membayar zakat anda. Tapi jika mahu juga membantu, hadiahkan lah kepada surau-surau atau mesjid - mesjid. Itu pun baik sebenarnya.
Tak banyak pun, rase dalam paling tinggi pun RM 7 (harga secupak beras) - nilai zakat Johor, negeri lain saya tak pasti. Saya langsung tidak memaksa, tapi hanyalah satu proses persediaan baru untuk membiasakan diri sebelum kita menempuh alam pekerjaan suatu hari nanti (yang mana kita sudah ada pendapatan tetap nanti).
Juga nasihat saya, kita berhadapan dengan pengutip zakat yang ada dikalangan nya palsu, pastikan anda berjumpa dengan pengutip zakat yang bertauliah (kalau susah sgt, pergi ke Masjid Kg Baru dan cari orang yang bertugas untuk mengutip zakat...pasti ada)
Ok, ringan-ringankan tangan, hulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan untuk menempuh Aidil Fitri yang bakal menjelang..
Salam Ramadhan