Old browser detected! This website doesnt work with older browser such as Internet Explorer 6. Please use Internet Explorer 7.0 or Firefox
Pemancing British, Jeremy Wade yang terkenal dalam rancangan "River Monster", berjaya menangkap piranha raksasa ketika melakukan ekspedisi ke Sungai Congo di Afrika. Saat bergambar, lelaki 52 tahun tersebut terlihat tenang sahaja memegang ikan yang ganas tersebut. Piranha raksasa yang biasanya digelarkan sebagai ikan harimau goliath ini merupakan salah satu dari ikan air tawar yang paling ditakuti di dunia. Saiznya jauh lebih besar dari piranha biasa dan merupakan spesis piranha yang hampir pupus. Piranha raksasa dari Sungai Congo ini memiliki 32 gigi berukuran gigi ikan jerung raksasa putih. Di Afrika, ikan ini biasanya memakan manusia, bahkan buaya. Ikan ini hanya dapat ditangkap oleh segelintir nelayan dan habitatnya memang sukar untuk dikesan. "Ikan ini juga mempunyai gigitan yang sangat kuat dan biasa yang menjadi mangsa adalah apa pun yang seukuran dengannya, menyerang manusia, dan mencarik-carik buaya," kata Jeremy Wade. Beliau memerlukan waktu lapan hari untuk membawa ikan itu ke darat, tetapi kemudian melepaskannya semula. fajridil.blogspot.com
goreng pun sodap
adew kew kat sungai Malaysia...hmmm...
gigi dia eee
tak gosok gigi
dia amik gamba kat sungai tu, tak takut ke ada piranha lain gigit2?
ee takutnya tgk pic no 1 tu. mulut dia eee
pirana lain takut kat orang tu, sebab bapak dia kene tangkap dah
teringat halimah jongang
kene pakai braces