Persetankan Apa Orang cakap!!


Jika anda seorang yang gemuk, paling kurang ada seorang manusia akan mengatakan kepada anda, “gemuknya dia tu…”.


Jika anda kurus, maka ada insan akan berkata, “kurusnya..”.

Jika anda seorang yang teramat tinggi daripada biasa, ada yang akan berkata sambil tersenyum, “tengok tu, tinggi macam galah!”.

Jika anda amat rendah (kenit?), mereka si manusia akan berkata, “hehe, keciknya, rendahnya…”.

Jika anda tiada kaki, atau tiada tangan, atau cacat anggota, keadaan anda itu akan menarik perhatian orang dan mereka akan berkata, “orang cacat macam tu boleh berjaya ke?”.

Jika anda pekak dan bisu, orang akan kurang yakin dengan anda, “boleh ke berurusan dengan orang macam ni?”.

Jika anda ‘hitam’ dan gelap, mereka berkata, “hihihi, hitam macam arang”.

Jika anda…..

Ahh, tidak kisah siapa anda, kurus, gemuk, tinggi, rendah, cacat…

Manusia lain hanya tahu berkata dan mengata mengenai orang lain sahaja! Tetapi kekurangan mereka akan cuba dinafi-nafikan dan akan cuba ditutup dengan sejuta lapis penutup agar orang tidak nampak.

Mengapa mereka hanya tahu mengkritik dan memberi komen mengenai orang lain?

Adakah mereka sempurna? Lengkap? Hebat?

Wahai manusia, usahlah hanya melihat dan berkata mengenai orang lain sahaja. Kerana bila tiba satu masa, orang lain pula akan bercakap mengenai kekurangan kamu!

Hisablah diri sendiri dahulu sebelum menyibuk berkata mengenai orang lain.

Kepada anda yang sering menerima ‘tekanan’ daripada mana-mana manusia, usahlah mudah terpedaya dengan kata-kata mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Tidak kisah anda gemuk, tinggi menggalah, kurus macam lidi, pendek macam budak, bulat macam bola, kulit hitam macam arang…

Janji anda berjaya dan lebih berjaya daripada mereka!

 

Caiyok!! Pandangan Mata selalu tersasar, tetapi pandangan hati la yang lebih selamat. Kita ni pun nama manusia, hidup mana ada sempurna. Jadilah manusia yang berhati mulia.

 

Tahukah anda bahawa perkataan itu lebih tajam dari mata pedang? Janganlah disebabkan anda berkata sesuatu yang negatif pada seseorang, ianya mungkin akan memberi kesan mendalam kepada orang tersebut. Maka eloklah kita diam dari mengatakan yang tidak perlu.

 

Kepada yg selalu diberi komen negatif, tumpu 100% pada usaha anda. Pedulikan komen negatif mereka. Walaupun komen itu benar, namun kadang-kadang kita perlu melihat kepada keadaan semasa. Merubah keadaan fizikal seperti yang mereka mahukan berbanding dengan berjaya dalam suatu usaha yang lebih banyak manfaatnya, mana yang lebih penting pada masa tersebut? Bagi saya, menumpu pada kerjaya atau kerja kita lebih penting daripada bersusah payah untuk ‘memuaskan’ hati orang lain!

 

Yang penting, anda perlu ada matlamat hidup, bekerja kuat dan terus-menerus berusaha sehingga berjaya. Bentuk fizikal bukan ukuran untuk berjaya! Tapi ia terletak pada semangat dalaman, matlamat, usaha, hati, ILMU dan taqwa. ‘Apa guna muka hensem dan cantik melecun tapi luka sikit pun menangis: manja’. Ya, hanya mereka yang ada sifat baik lebih dicintai oleh Allah berbanding mereka yang hanya suka bercakap mengenai kekurangan orang lain.

 

 

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 5.00/5 (1 votes cast)


from the community... (28)

  • swan
    Posted by swan Sun Feb 08, 2009 10:36 PM 1091 days ago

    ini nasihat utk sy dan org lain. jgn asyik nk mengata org je. (y)

  • aRe-FiFth
    Posted by aRe-FiFth Mon Feb 09, 2009 03:02 AM 1091 days ago

    hehe..~ gemuk tu lambang kemewahan.. :D

  • Sahar
    Posted by Sahar Mon Feb 09, 2009 01:21 PM 1090 days ago

    org gemok x kedekut..weii giant bila lu mau belanja aku makan kat the ships? karoeke ker?

  • dhada
    Posted by dhada Mon Feb 09, 2009 03:16 PM 1090 days ago

    Bentuk dan rupa fizikal bukanlah pengukur kpd kebijaksanaan & kejayaan seseorg ;)

  • Sahar
    Posted by Sahar Mon Feb 09, 2009 03:42 PM 1090 days ago

    dhada~~ rupa yg cumel x semestinya baik kan ?

  • nadiah_hanis
    Posted by nadiah_hanis Mon Feb 09, 2009 04:14 PM 1090 days ago

    orang yg berhati busuk xkan berhenti bercakap keburukan org lain..
    tetapi akan mengamuk bila org lain bercakap tentang keburukan nya..
    selalu merasakan dirinya hebat..
    padahal xde sikit pun kelebihan..
    kesalahan org cepat je nampak..
    tp bila kesalahan diri sendiri,sibuk nak menyalahkan org lain..
    kata org lain punca kesalahan nya..
    nampak sangat diorg ni buta hati.. (u)

  • J3b0l
    Posted by J3b0l Mon Feb 09, 2009 07:39 PM 1090 days ago

    boroi boroi... (6) (6)

  • mark qiesh
    Posted by mark qiesh Mon Feb 09, 2009 07:47 PM 1090 days ago

    ntah...
    mentang-mentang la badan aku kecik kne buli je...
    drg xtaw disebalik badan kecik nie ade cite2 besar...
    tp aku pon suke kutuk org gak...
    so fair ah tue...
    hahaha :D

  • swan
    Posted by swan Mon Feb 09, 2009 10:20 PM 1090 days ago

    sbnrnya, semua org ada kelebihan dan kekurangan masing2. teringat pada zaman sekolah dulu. kat skolah ni, adala geng gedik perasan ni yg suka ejek2 org ni. time sukan, cikgu suruh semua murid cuba semua jenis sukan spt lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru. sy ni badan kecik, dlm kelas beratur yg paling depan skali. bila lari, sy lari agak laju, smpai dorg ckp sy lari mcm lipas kudung. tp sy peduli hapa, yg penting sy puas hati dpt gold medal. org yg mengata tu xde dpt apa2, bila lari je jatuh sket dah mengada2 manja. kwn sy yg badan besar, drg ejek budak gemuk, tp kwn sy tu at least hebat time lontar peluru.

    so, sbnrnya kalo kita set dlm kepala otak yg kita boleh, itu dah bg sedikit semangat dlm diri, dan memudahkan hasil usaha kita nnt. ;)

  • eijie
    Posted by eijie Mon Feb 09, 2009 11:35 PM 1090 days ago

    ya, jika ko fikirkan ko boleh, ko pasti boleh melakukan, jika ko fikirkan ragu-ragu, ko hampiri kegagalan, engkaulah apa ko fikirkan, fikirkan boleh... :)

  • mIruL@mIr
    Posted by mIruL@mIr Tue Feb 10, 2009 07:29 PM 1089 days ago

    ya bagus2.

  • swan
    Posted by swan Wed Feb 11, 2009 01:05 AM 1089 days ago

    jadi diri sendiri sudah. xpyh susah2 kan diri nak clone jd org lain. biarkan saja org mahu mengata, yg penting kita tahu apa yg kita buat. (y)

  • Posted by Wed Feb 11, 2009 01:14 AM 1089 days ago

    yuuhuuuu...elle..ngapa tuuuuuu?

    (1) comment ko "ini nasihat utk sy dan org lain. jgn asyik nk mengata org je"
    (2) comment ko "jadi diri sendiri sudah. xpyh susah2 kan diri nak clone jd org lain. biarkan saja org mahu mengata, yg penting kita tahu apa yg kita buat"

    rilek lerrr..biar ler mereka..hak masing2 kan nk jd diri sndiri kerr,nk jd org laen kerrr..masing2 ader sbb kottt..yg penting kita jgn biji body hal org jer lerr...setel kan...

  • swan
    Posted by swan Wed Feb 11, 2009 01:37 AM 1089 days ago

    Luna. komen aku tu berdasarkan artikel. maksud aku yg pertama:
    aku cuba elak dari berkata yg x berfaedah.
    yg kedua, itu cara aku utk self-motivate. tak heran dgn kata2 negatif org pada aku. kalo kita dok fikir sgt kata2 negatif org, diri sndiri yg merana. tu yg ada smpai obses cucuk botox la etc. bg aku, jadi diri sendiri itu lebih bermakna. barulah kita tau siapa yg betul2 ikhlas berkawan dgn sape yg tak. kejayaan bukan pada paras rupa ok. lainla kalo nak jadi artis@model.

    tak ke sedih kalo kita tau org baik dgn kita sbb ada udang di sebalik batu. just my 2 cent.

  • Posted by Wed Feb 11, 2009 01:43 AM 1089 days ago

    alahaiii..lek lerrr...per nak sedey2 lakkk elle...tajuk pun kata "persetankan"...aper lg...persetankan jer lerrr..toksah ler nk sedey ataupon bermuram durja..agak2 klu rasa mcm k sedey gak, ko g beli komik Ujang manyak2..pehtu kompom ko gelak manjang..mcm aku ni haaaa...

    eh jap.aku tgk ada gak tau artis yg xder paras rupa..cthnyer mcm siti musliha tuh...walaupon cacat..xcantek..tp berjaya gak dier melakonkan watak dlm lakonan...

  • swan
    Posted by swan Wed Feb 11, 2009 01:55 AM 1089 days ago

    aku mmg dah lama x heran ckp2 negatif org ni. yg penting aku happy dgn diri sndiri. mmgle gelak ketawa, tp slalu kalo kita ketawa, bykla geng ketawa, tp kalo geng syahdu2 ni, blom tentu kwn gelak ketawa tu sanggup bersyahdu dgn ko.

    siti musliha tu strong, (y) dia tak mcm artis yg suka plastic surgery ni. (n)

  • Posted by Wed Feb 11, 2009 01:59 AM 1089 days ago

    isk..ko ni dh kronik nih elle..udah2 lerr ko gunakan emoticon 'tgn cap ayam' tuh...bosan seh..skali skala ko guna lah emoticon 'surat' tu kerrr, 'kiss' kerr atau apa2 jer yg jarang digunakan oleh ko...

    =)

  • swan
    Posted by swan Wed Feb 11, 2009 02:15 AM 1089 days ago

    alahai.. Luna nak mana satu? gamba kucing xde. ni aku bg (6) hahaha.. ada telinga iras2 kucing.

  • Posted by Wed Feb 11, 2009 02:18 AM 1089 days ago

    isk isk isk..pesal kucen ko dh mcm muker iblis lak tuh? isk..ko leh bela minatang gitu ker elle? isk xcomel lah kucen gituuu..nnti ko g pet shop,ko beli kucen comel2 eh..pastu baru ko post kat comment nih...

    =p

  • swan
    Posted by swan Wed Feb 11, 2009 02:23 AM 1089 days ago

    pandai Luna ni, mkn friskies dgn whiskas byk sgt ni. nnt aku tampal muka sailormoon kang, lari ko Luna. tuan ko dtg. hihi. (i)

  • Posted by Wed Feb 11, 2009 02:27 AM 1089 days ago

    aku xbertuan lg....masih solo....dudududuuuuuuuuuu

  • Sahar
    Posted by Sahar Wed Feb 11, 2009 10:15 AM 1088 days ago

    tumpang lalu~~ kucing garong..lalala

  • Posted by Wed Feb 11, 2009 11:01 AM 1088 days ago

    adeh...miaaoooowww..miiiaaooowwwww....

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Wed Feb 11, 2009 08:53 PM 1088 days ago

    panjangnya karangan. Kwn aku penah kutuk 1 pompuan ni. last2 jd gf.

  • DamN
    Posted by DamN Thu Feb 12, 2009 09:01 AM 1087 days ago

    (y) (y) (y) (y) (y) (y) (y) (y) (y) (y) (y) (y)
    ini sesuatu yg hebat..utk dikongsi..
    x payah dok cbuk nk tegur org..
    slh ini..slh itu..x kene ini..x kene itu..gemuk la..kurus la..
    tutp mulut..DIAM!...kite x bt dosa..die pon x dpt dose..
    kl ade changes skalipon kt diri die..jgn pegi tgr terang terangan..
    kan x bek mcm2..x pyh tgr pape..
    menegur keburukan org..itu adalah pantag bagi aku.
    aku sk ko post blog mcm ni..
    thakz.. :) elle'z Damian

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Thu Feb 12, 2009 02:42 PM 1087 days ago

    bukan doraemon byk ckp ke? doremon mesti byk alat best. selalu tolong nobita bila kene kutuk dgn giant.

  • tentabizzare
    Posted by tentabizzare Fri Feb 13, 2009 12:18 AM 1087 days ago

    setiap ciptaan Tuhan tu ader hikmahnya..Dia yang Maha Mengetahui dengan apa yang berlaku..jika kita mengata/menghina/mengutuk akan sesuatu ciptaan Tersebut tidak kiralah gemuk,kurus,hitam,putih,kudung,tinggi,pendek,kemetot,atau apa2 sekalipun maka kita telah mengata/menghina/mengutuk ciptaan Yang Maha Esa..dengan erti kata lain mengata/menghina/mengutuk Penciptanya sendiri...No body perfect..

  • laili
    Posted by laili Sun Feb 15, 2009 11:29 PM 1084 days ago

    nobody perfect. even if u r perfectionist, u r still not perfect. stop humiliated people. and lets make some friend. :)


Please log in to post comments