Pengurusan FAM patut letak jawatan!!


Jatuh lagi jatuh lagi. Apa nak jadi pun patik tak tahu. Hari tu 158,kini 161. itulah ranking terbaru skuad bola sepak Malaysia yang dikeluarkan oleh persatuan bola sepak antarabangsa (FIFA).

Patik hairan, kenapa FAM masih tak sedar-sedar diri. Sepatutnya seluruh ahli jawatankuasa dalam FAM dari jawatan presiden sehingga yang terbawah sekali harus bertanggungjawab diatas kegagalan mereka menaikkan mutu bola sepak di Malaysia.

Inilah akibatnya apabila pengurusan didalam FAM dikendalikan oleh mereka-mereka yang tak sepatutnya. Rasanya dah berkali-kali dikeutarakan agar pengurusan FAM dari yang tertinggi hingga yang terendah diuruskan oleh mereka-mereka yang ada pengalaman dalam bola sepak dan memang betul-betul serius ingin memartabatkan kembali bola sepak tanahair ke mata dunia. Tapi oleh kerana pengurusan sekarang ini bermotifkan politik, kepentingan peribadi dan menjadi platform mencari glamour, maka pengurusan FAM sekarang ini hanya mendiamkan diri tanpa mempedulikan apa yang disuarakan ramai orang. Malah mereka menyalahkan jurulatih dan pemain-pemain diatas kegagalan yang dicapai berulang kali.

Inilah sikap tidak profesionalnya FAM dalam mengendalikan bola sepak di Malaysia. Jika di negara-negara lain, apabila mereka gagal memberikan kejayaan, secara sukarela mereka akan meletakkan jawatan. Sikap seperti itulah baru layak digelar professional. Jadi patik berharap sangatlah agar seluruh lembaga pengurusan FAM dapat mengundurkan diri secara terhormat. Berilah peluang kepada mereka-mereka yang lebih layak untuk mengurus agar skuad bola sepak Malaysia kembali menjadi antara negara yang disegani didalam arena bola sepak asia mahupun di dunia. Apabila negara lain gerun dengan skuad Malaysia, barulah kita layak digelar Harimau Malaya. Untuk sekarang ini, skuad Malaysia hanya layak digelar Semut Malaya sahaja.

Akhir kata, undurkanlah diri anda wahai seluruh warga FAM. Ini untuk kebaikan bersama. Apabila mantap skuad Malaysia, maka secara otomatis seram sejuk pasukan lain untuk melawan ngauman Harimau Malaya. Majulah Sukan Untuk Negara…

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (4)

  • Sa Fu An
    Posted by Sa Fu An Fri Feb 13, 2009 06:36 PM 1086 days ago

    bnda ni bkan da lame ke...
    lagi bgus bola kat malaysia ni jadi amature blik..
    bkan profesional pn...
    ape mksud profesional kat bola sepak malaysia pn aku xtau...
    player byar gaji nk mhal..
    tp men kalu lawan ngan stock city pn blum tntu leh menang...
    harimau jgk...
    wat malu harimau jerk... (y)
    aishhhhh shipal lama btul la...
    sponsor pn tkut nk sponsor liga mlaysia...
    kalu TM xde...
    bungkus lar jwbnya... :D :D :D

  • Karmax
    Posted by Karmax Fri Feb 13, 2009 06:39 PM 1086 days ago

    btul tu..aku rase gambar harimau tu patut digantikan gambar ayam ke cicak ke..buat malu harimau jer kalau tgk pemain malaysia beraksi.

  • fajridil adha
    Posted by fajridil adha Sun Feb 15, 2009 11:53 AM 1084 days ago

    jadi labi-labi malaya pun ok gak. hehe. (h)

  • AiE
    Posted by AiE Mon Feb 16, 2009 10:23 PM 1083 days ago

    xleh nk watpa .. kta kata lebey2 satg kta gak kan saman .. :p yg ddk kat atas2 tu sapa plak ..smua muka2 yg x bleh dtegur.. konon pandai sgt..


Please log in to post comments