Panas Baran @ Panas Badan


Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.

Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof:-
 Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?

Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.
 
Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?

Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?

Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.
  
Apakah yang mendorong sifat panas baran? Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran. Kesan buruk panas baran? Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain. Langkah terbaik menangani sifat panas baran? Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan. Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah? Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri. Punca Panas Baran # Perilaku agresif # Gejala sosial # Emosi # Masalah kewangan/ keluarga # Ego # Tekanan perasaan # Faktor didikan # Bebanan kerja # Faktor persekitaran 10 Risiko Individu Panas Baran # Dipulaukan masyarakat sekeliling # Jiwa kosong (murung) # Hilang pekerjaan/jawatan # Perceraian # Kemalangan # Pergaduhan # Kesalahan jenayah # Melakukan penderaan # Tekanan perasaan # Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)

***SOALAN***

Andai la kan korang dh lambat pergi keje/kelas/appointment pas2 carik stokin ke kasut ke hp ke tak jupe, u ade perasaan nk mengamok tak..?..sila jawap dgn jujur..hihi
Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (12)

  • mark qiesh
    Posted by mark qiesh Fri Mar 28, 2008 12:06 PM 1512 days ago

    xde pon nk mara2.....
    aku lg suke xyah gie klas....
    bole tido.....

  • MisS_WhatEveR291
    Posted by MisS_WhatEveR291 Fri Mar 28, 2008 03:36 PM 1512 days ago

    mark qiesh nih tak menjwb soalan....maksudnya di situ..kena jgk pegi keje/kelas/appointment wpun dh terlambat.....kalau aku....tension jgk....

  • aLiAa
    Posted by aLiAa Fri Mar 28, 2008 09:10 PM 1512 days ago

    tensen2...tp xde la nak mengamok sakan..kalo x jmpe gak stokin..kasut ke..pakai je la sliper..huhuhu..tp risau gak kalo kna saman..ooppss!!.. (",)

  • mark qiesh
    Posted by mark qiesh Sat Mar 29, 2008 12:53 AM 1512 days ago

    hehehe...
    tau saje je nk men2...
    gie ah klinik ckp demam...
    pas2 mintak mc....
    kalo ade appointment lak ckp ah ade urgent matter...
    personal problemo...
    bkn niat nk tipu tp da ade halangan nk wat camne...
    yg penting nawaitu 2 ade....
    hahahaha

  • Pak Lah
    Posted by Pak Lah Sat Mar 29, 2008 03:20 AM 1511 days ago

    i tak boleh la baca blog nie...
    i tak suke...
    nanti i suruh khairy tak pun hishamuddin yang baca

  • Ezmeriana
    Posted by Ezmeriana Sat Mar 29, 2008 08:46 PM 1511 days ago

    panas baran ...pe ubt nye ea?
    slain yg diyatakn diats....
    adakh cik azizi seorg yg pns baran? haha..

  • eijie
    Posted by eijie Sat Mar 29, 2008 10:20 PM 1511 days ago

    yang dinyatakan diatas tuelah ubatnye, yg lelain tue lebih kepada motivasikan diri dan sentiasa ceria.. kalau tgh "panas" cuba kita coolkan diri kita di tempat lain sebelum kita "fire" orang lain... yg penting sentiasa fikir positif

  • Ezmeriana
    Posted by Ezmeriana Sun Mar 30, 2008 12:50 PM 1510 days ago

    Benci mereka yg pns baran x tentu pasal...
    tp kl da keturunan x kn bole bt pape da...
    bergantung pd dr sndiri kl btol2 nk b'ubh..
    =0
    jgn disimbhkn lg myk tnh pd org yg tgh brn..
    silap2 bole membunuh...=(

  • waterfox
    Posted by waterfox Sun Mar 30, 2008 02:06 PM 1510 days ago

    baran... baran... iskh3x...

  • waterfox
    Posted by waterfox Sun Mar 30, 2008 02:29 PM 1510 days ago

    cik ezmeriana.... mane cik ezmeriana ckp "tp kl da keturunan x kn bole bt pape da...
    bergantung pd dr sndiri kl btol2 nk b'ubh.. "....
    mcm ade pengalaman jer...

  • Ezmeriana
    Posted by Ezmeriana Mon Mar 31, 2008 01:06 AM 1510 days ago

    cik waterfox...
    pengalaman tuh ade la...
    sy ad abg ng ayh..so..mereka lelaki...
    kepanasan..kebaranan tuu mst ade dlm stiap individu..
    bergantung pd mereka cmne nk handle jd cool..(",)
    cik waterfox mst x brn kn sbb "WATERfox.." haha..

  • nUruL
    Posted by nUruL Mon Mar 31, 2008 10:38 AM 1509 days ago

    rase2 nyer sapew yg selalu panas baran?
    laki or pompuan ek???


Please log in to post comments