Ketika asyik aku mengunyah jejemput yang mama aku bekalkan tadi, aku terbaca topik di harian metro yang bertajuk baling topi keledar. Mulanya aku malas nak baca sebab macam biasalah, harian metro ni tajuk sahaja ganas berapi-api tapi isinya entah apa-apa. Tapi disebabkan yang menjadi mangsa adalah pelajar politeknik johor bahru, aku gagahkan juga lah membacanya. Almaklumlah, awal tahun 2000 dulu aku pun pernah belajar disitu sehingga berjaya memperoleh diploma perhotelan.
Berbalik pada cerita tadi, mangsa yang dalam perjalanan pulang kerumahnya telah dibaling dengan topi keledar tepat kearah kepalanya oleh lelaki yang disyaki pegawai polis sehingga terjatuh dan terseret dijalanraya. Adoii!! Aku dapat rasakan betapa sakitnya bila terjatuh dan terseret dijalanraya ni. Dulu aku ada juga pengalaman jatuh motor ni. Alhamdulillah aku tak pernah luka parah. Cuma luka-luka saja. Yang paling memberi kesan adalah ketika aku terbabas dan masuk kedalam longkang ketika hendak pergi sekolah agama. Waktu tu bontot aku mengalami luka-luka akibat tersepit. Adoi,malu nak cerita lebih-lebih. Hehe ^_^
Ha tengok tu, aku dah cerita pasal aku pulak. Ni semua akibat penangan jejemput lah ni. Sedap sangat sampai cerita pun dah terbang keawangan. Ok sambung balik cerita tadi. sedang mangsa terpinga-pinga sebab terjatuh kena balingan tu, dia ditarik pulak sebelum dibelasah kerana disyaki ingin melarikan diri dari operasi cegah lumba haram. Lepas dibelasah, kena gari pula sebelum dibawa ke balai polis. Kalau aku lah jadi mangsa tu,dah pasti aku akan mengamuk kat situ. Lantak lah apa nak jadi sekalipun. Yang penting aku tak akan biarkan diri aku dianiaya sebegitu. Setelah disiasat, mangsa dibenarkan pulang setelah diberikan saman kerana tak pasang cermin sisi di motorsikalnya.
Bila aku baca, aku yang jadi terbakar hati. Sebab apa? Sebab memang polis selalunya bersikap sebegitu. Walaupun dah melakukan kesilapan, dia tetap akan berkelakuan seperti dialah yang betul dan sentiasa akan mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahannya. Yang jadi mangsa, orang-orang awam seperti penuntut politeknik tu lah. Nasib baik mangsa tersebut hanya luka-luka. Jika mangsa maut akibat tindakan seperti binatang itu, macam mana pula? Disini aku nak cakap, polis tak berhak nak membaling topi keledar atau apa-apa objek lain kearah penunggang walaupun penunggang itu melakukan kesalahan berlumba haram. Tak usahlah polis nak menafikan tindakan mereka bila disoal oleh media kerana aku sendiri sudah beberapa kali melihat tingkahlaku polis yang mana ada yang membaling kon, batu dan sebagainya kearah penunggang yang cuba melarikan diri dari sekatan jalanraya. Kerana apa? Kerana itu akan menunjukkan tahap kebiadapan dan betapa tidak profesionalnya anggota polis di negara kita.
Bila polis sendiri sudah bersikap biadap sebegitu, janganlah pihak polis nak terkejut apabila ada segelintir dari pelumba haram itu yang bertindak balas seperti yang sudah diberitakan sebelum ini yang mana ada pegawai polis yang ditendang sehinggah terjatuh, dirempuh sehingga luka parah dan berbagai lagi. Sepatutnya pihak polis memikirkan cara yang lebih efisyen untuk menangani perkara-perkara sebegini. Gunakan otak yang Allah beri. Jangan hanya bertindak berdasarkan emosi. Bila guna emosi yang dirosakkan dengan bisikan syaitan, perkara-perkara sebeginilah yang terjadi. Jadi mulai sekarang, bukalah lembaran baru didalam pengurusan pihak polis agar segala tindakan yang di ambil adalah dari jalan terbaik, bukan jalan pintas tanpa menggunakan akal yang sihat.
Oklah, itu saja yang aku nak cakap. Sekarang ni aku nak sambung menikmati jejemput yang mama aku bekalkan tadi. ^_^