Nak buat report kopek hilang...



DUA gadis bersahabat baik dari Ipoh Perak; Leeya dan Zoera, pergi melancong ke Perlis Indera Kayangan. Sedang mereka bersiar-siar di Kangar, tiba-tiba mereka berdua ditegur oleh seorang lelaki pertengahan umur..

Lelaki: Cik adik! Kopek jatuh!

Leeya berbisik kepada Zoera: Kurang ajar betoi orang tua tu… gatai! Aku dah pakai saiz yang betoi tadi, baru beli pulak tu.

Mereka berdua terus berjalan laju meninggalkan tempat itu. Lelaki itu juga kelihatan cuba mengekori mereka.

Lelaki: Ooi! tunggu sat! Kopek ni…tak mau ka?

Leeya: Jom cepat Zoera, orang gila agaknya tu. Dahlah cakap bukan-bukan, dia kejar kita pulak tu.

Selepas beberapa ketika lelaki terbabit tidak mengekori mereka lagi. Kedua-dua gadis terbabit singgah di sebuah gerai. Di gerai berkenaan, Leeya mendapati dompetnya hilang. Mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan di balai polis.

Leeya: Saya nak buat report, beg duit saya hilang, sekali dengan lesen, kad ATM dan MyKad. Tak taulah, kena copet ke? Atau jatuh masa berjalan tadi.

Polis: Nak buat report kopek hilanglah ni ya?! Cik isi borang ni. Lain kali pegang elok-elok, kalau tak pun, bagi orang lain pegang.

Leeya: Maaf encik, encik kata apa tadi?

Polis: Saya kata tadi, kalau tak boleh jaga, bagilah orang lain pegang kopek tu. Biar dia yang simpan.

Leeya berbisik kepada Zoera: Pak Cik Polis ni pun sama. Tak padan dengan dah tua, nak menggatal lagi. Ada yang kena pelempang karang ni.

Zoera: Bagilah pelempang tu, tapi kalau kau masuk lokap, aku tak nak jamin.

Setelah selesai mengisi borang, Leeya menyerahkannya kepada anggota polis yang bertugas itu dengan diiringi jelingan geram.

Polis: Oo! Ni Cik Leeya binti Azhar ya?! Tadi ada orang dah jumpa dan serah pada kami. Ni ha kopek Cik Leeya. (Sambil mengunjukkan dompet).

Leeya: Laa! Kopek tu dompet ke? Ingatkan benda tu tadi. Patutlah tadi ada orang terjerit-jerit sebut benda tu. Ingatkan orang gatal nak mengurat. Kesian abang bermisai tebal yang kejar kita tu tadi kan Zoera. Menyesal pula rasanya.
 

"Kopek membawa tiga makna mengikut kawasan dan konteks penggunaan. Pertama bermaksud dompet duit atau uncang menyimpan duit. Penggunaan untuk maksud ini meluas di kawasan utara Semenanjung Malaysia yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Yang kedua pula bermaksud payu dara. Bagi maksud ini, ia digunakan secara meluas di negeri lain terutama Perak (kecuali Perak Utara) dan Kelantan. Dalam situasi formal dan dalam bentuk persuratan formal, perkataan ini tidak digunakan. Perkataan ini juga membawa makna ‘mengupas’, iaitu seperti mengupas kulit buah-buahan."


Sebagai org utara, saya pun menggunakan word kopek dlm konteks beg duit.. Contohnya kecik2 dulu (masa belum familiar perkataan phurse/wallet), kalo di suruh ke kedai membeli barang, saya akan bertanya pada mak, 'mana kopek duit mak?'



Tapi mcmana plak hantu kopek? Huhuhuhu.. Lu Pikir La Sendiri..



Nota kaki:
Penulis ialah Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).
Tags : ,

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (7)

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Mon Nov 24, 2008 01:43 AM 1271 days ago

    last kopek

  • mIruL@mIr
    Posted by mIruL@mIr Mon Nov 24, 2008 07:54 AM 1271 days ago

    hahaha.. ak pn hampir tertipu. nasib baik baca sampai habis. maklum la datang utara jarang sekali. dua kali je ak penah g utara. huhu..

  • bobsant
    Posted by bobsant Mon Nov 24, 2008 11:58 AM 1271 days ago

    kalu kat kelate kopek tu ialah tuuuuuuuttttt....hehehehehe.

  • Karmax
    Posted by Karmax Mon Nov 24, 2008 10:44 PM 1271 days ago

    ambo nok kopek kulit pisang!

  • ayu
    Posted by ayu Wed Nov 26, 2008 11:39 AM 1269 days ago

    ni kena byk blaja bahasa..

  • Mr. Hoho
    Posted by Mr. Hoho Sun Dec 14, 2008 10:27 AM 1251 days ago

    kopek oh kopek.ingatkan cerita hantu kopek td.

  • hUnNY6871
    Posted by hUnNY6871 Thu Apr 02, 2009 08:58 PM 1142 days ago

    huhuhu..
    slah fhm da...


Please log in to post comments