Hari ini saya ingin buat kajian, apakah tabiat pelik anda yang anda pernah buat. Tapi kalo anda takde tabiat pelik, mesti anda pernah jumpa saudara-mara, kawan-kawan yang bertabiat pelik. Mari kita kongsikan di sini.

Aku amat gemar akan bantal..
Mengikut pengalaman saya sendiri, saya ada satu tabiat pelik. Saya sangat suka menggentel bucu bantal, terutamanya sebelum saya nak tidur. hehe.. mengkhayalkan sambil berangan-angan sebelum saya tidur..
Masa tengok tv pun jika ada bantal, secara tak sengaja aktiviti itu saya buat. Kalo takde bantal, saya akan lipat kain sehingga menjadi bucu, dan gentel bucu tersebut. Best.. tak caya? sila cuba.. sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.. 

Ada kawan yg saya pernah jumpa, sebelum tidur mesti dia akan menggoyang2 kan kakinya sebelum tidur.. Kalo tidur di katil dua tingkat, mesti bergegar katil tu seperti menaiki bas.. Bukan setakat masa tidur je dia goyangkan kakinya, kalo dalam kelas pun, mesti bergoyang2 kaki dia.
Lucu pun ada.. mungkin sebab dah terbiasa masa kecil dulu, mesti ada orang tepuk2 dulu punggung, barula dapat tidur.. so, bila da besar, kaki kasi goyang sendiri la kot..
Kawan saya Farah, aktiviti beliau teramat pelik pernah saya jumpa. Dia pantang jumpa sabun buku yang berbau wangi, mesti dia akan gigit sabun buku tersebut dan menelannya sedikit. Tapi tak pernah pulak dia kena sakit perut. Menurut kawan saya tu, tabiat dia menggigit sabun berlaku semenjak kecil lagi. Saya selalu mengusiknya dengan menganggap perutnya mesti berbau wangi dengan sabun, kentut dan tahinya mesti harum.. Bila ditanya apa perasaannya bila menggigit sabun, dia menganggap aktiviti itu paling best... hehe.. kalo saya, saya tak sanggup, time gosok gigi pun kadang nak termuntah, inikan pulak sabun buku.

Sabun FAB adalah sabun kegemaran kawan saya untuk di"makan"
Jadi, anda semua apa pula tabiat pelik anda? Mehla kita berkongsi.. supaya anda tidakla berasa seperti alien kerana kepelikkan anda.. Sharing is caring.. 
