Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A   Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B   Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.


C   Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D   Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E   Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F   Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G   Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H   Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I   Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J   Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K   Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L   Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.


M   Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N   Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O   Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P   Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q   Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R   Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S   Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T   Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U   Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V   Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W   Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X   Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y   Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z   Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Lihatlah Sendri..

Tags : ,

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (13)

  • AiE
    Posted by AiE Wed Mar 25, 2009 07:41 PM 1150 days ago

    Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
    sah2 nipu bende nih .. huhuhu .. (n) (n) :p

  • fazril faridus
    Posted by fazril faridus Wed Mar 25, 2009 07:41 PM 1150 days ago

    M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala. (y) (y)

  • fazril faridus
    Posted by fazril faridus Wed Mar 25, 2009 07:42 PM 1150 days ago

    mari la kawan dgn aku

  • AiE
    Posted by AiE Wed Mar 25, 2009 07:43 PM 1150 days ago

    haaaa .. boros tu btui kna kat ang .. hehehe

  • fiezayanki
    Posted by fiezayanki Wed Mar 25, 2009 07:48 PM 1150 days ago

    wei..wei..
    masing2 pomot diri nmpk??? :o :o

  • fazril faridus
    Posted by fazril faridus Wed Mar 25, 2009 07:51 PM 1150 days ago

    aku dh berubah dh skrg..aku dh xboros cm dulu dh wehh..dh insaf ;(

  • AiE
    Posted by AiE Wed Mar 25, 2009 07:53 PM 1150 days ago

    promot pa nya .. kan aku da ckp mende tu salah .. isk .. tuduh lagik .. adoih...

  • fazril faridus
    Posted by fazril faridus Wed Mar 25, 2009 07:54 PM 1150 days ago

    woi jgn gaduh2..xbaik

  • fiezayanki
    Posted by fiezayanki Wed Mar 25, 2009 07:57 PM 1150 days ago

    huh??? aie ang marah ek?? betoi ni ang marah?? ak juai kang br tau (h) (h)

  • fazril faridus
    Posted by fazril faridus Wed Mar 25, 2009 07:59 PM 1150 days ago

    ada ke org melayu yg nama mula huruf x?

  • AiE
    Posted by AiE Wed Mar 25, 2009 08:09 PM 1150 days ago

    :| :| :|

  • fiezayanki
    Posted by fiezayanki Thu Mar 26, 2009 06:52 AM 1149 days ago

    ade fazril..nme dia xazril..tah ade maksud tah idok :p

  • nadiah_hanis
    Posted by nadiah_hanis Thu Mar 26, 2009 02:24 PM 1149 days ago

    N
    Baik hati dan rapi dalam berpakaian. :o
    Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. (a)
    Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri. :(


Please log in to post comments