Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ?
Ibuku menjawab, Nak...

 

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

 

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....

 

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

 

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

 

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

 

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

 

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

 

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

 

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca...

 

"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH.Jika HATI seputih AWAN,jangan biar ia MENDUNG. "

 

fajridiladha.blogspot.com/2008/12/lelaki-sejati.html

 

 

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 2.00/5 (1 votes cast)


from the community... (4)

  • eijie
    Posted by eijie Sat Dec 20, 2008 02:03 PM 1245 days ago

    "jika dalam hati ada taman"... mcmana lak t2, haha

  • mIruL@mIr
    Posted by mIruL@mIr Tue Dec 23, 2008 08:33 AM 1242 days ago

    lelaki sejati ibarat lelaki yg sempurna. so marilah kaum lelaki semua ke arah menjadi lelaki sejati bukan lelaki kaki judi or somethings wrong..

  • ayu
    Posted by ayu Mon Sep 28, 2009 04:06 PM 963 days ago

    Lelaki yang sejati sememangnya sukar dicari kerana tiada manusia yang sempurna dan akan lakukan kesilapan untuk belajar darinya.itulah sebaik2 pengajaran.. :)

  • zetty
    Posted by zetty Tue Nov 10, 2009 06:11 PM 920 days ago

    dan blaja lah dr kesilapan dan tidak m'ngulangi nye lg..


Please log in to post comments