Insiden yang berlaku di MTV Awards baru2 nih... Hahaha, lawak giler...
gelak abis...
Kita tahu yang penyanyi Eminem terkenal dengan lirik2 lagunya yang sering mengutuk artis lain. Kali ini dia sendiri menjadi bahan jenaka orang lain secara live di TV.
Alkisahnya, mula-mula si pelakon Sacha Baron Cohen ditugaskan untuk terbang masuk ke dalam dewan dengan memakai kostum bersayap putih, kasut but putih, dan pakaian ala2 tentera Rom dengan thong putih. macam dalam gambar nih. Dia diterbangkan masuk dari ketinggian 6 kaki. Dia ditugaskan untuk menyampaikan hadiah "best male performance"


Tapi, nak dijadikan cerita, masa tengah terbang atas penonoton tu, boleh la pulak tersangkut.

Yang jelas dia menuju ke arah tempat duduk Eminem. Seperti dalam gambar, kita boleh lihat yang Eminem kelihatan begitu terkejut sekali.
Menurut berita dailymail.co.uk, sewaktu Baron Cohen tersangkut, dia menjerit " My Kugelsack!, My Kugelsack!"
"The wire is trapped round. Help me! Let me down! One of the wires is trapped around my kugelsack."

Yang kelihatan Baron Cohen mendarat tepat di atas muka Eminem..

Kelihatan Eminem "lemas" dengan keadaan tersebut.
Apa perasaan anda bila kepala anda TERKEPIT di celah kangkang orang lain? Hahahah..
Dikhabarkan selepas insiden tersebut, semua para hadirin MTV Awards gelak tak berhenti-henti. Namun Eminem, rapper yang berusia 36 tahun ini langsung tidak senyum sama sekali. Eminem terus berangkat keluar daripada majlis tersebut bersama bodyguard-bodyguard nya..


Preview Video Insiden
Baca selanjutnya dalam: dailymail.co.uk