Koleksi sep sep tom tom (budak-budak lahir tahun 80 an)


Inilah beberapa koleksi sep sep tom tom yang aku pernah main zaman sekolah rendah dulu. Tak kira lelaki atau perempuan, mesti korang pernah main jugak kan?

Konsep sama, tapi mungkin kat sesetengah negeri, nyanyiannya berbeza-beza ikut negeri. Sebab bila aku balik kampung, sepupu aku nyanyi style lain pulak. tapi konsep mainan still sama. mainan ni aku main zaman 90an. sbb aku kanak2 lahir tahun 80an. hehe

1. Assalamualaikom.

Permainan ni amat glemer time sekolah dulu, tak silap aku setiap negeri ada. yang kat bawah ni style nyanyian yg aku tau la ye. korang punya version mesti lain sikit.

(Pemain: 2 orang)
"assalamualaikom (sambil buat tangan seperti bersalam). kom apa kombat.
bat apa batmen. men apa mentol
tola apa tolak. lak apa laksa.
sa apa sapak.pak apa pakcik.
cik apa cikcak. ca apa cawan
wan apa one two three four five six seven eight nine ten.
ten apa tembak. bak apa bak duit!
duit apa duit palsu. palsu apa pasu bunga.
bunga apa bunga mawar. mawar apa mawar merah.
merah apa merah jambu. jambu apa jambu masak.
masak apa masak nasi. nasi apa nasi goreng.
goreng apa goreng pisang. pisang apa pisang awak.
awak apa awak budus!!! "(sambil cepat2 tunjuk sape budus..)

2. R.O.C.K!!

R.O.C.K rock mungkin wujud sebab zaman tu zaman rock kapak kot.

(Pemain: minimum 2 orang), buat bulatan menghadap satu sama lain, pastu pegang jari orang sebelah dengan silangkan jari kelingking, ayun tangan sambil ramai2 cakap
Ramai2: "R.O.C.K rock!! (pastu tepuk tangan 3 kali)
Budak 1: "namakan, 2 jenis, iaitu : buah. buah apa,
Budak 1: "buah apple"
Budak 2: "buah ciku"
Budak 2: "namakan, 2 jenis, iaitu : kereta. kereta apa,
Budak 2: "kereta lembu"
Budak 1: "kereta api"
* kalo 5 orang pemain, tukar pada "namakan, 5 jenis"


3. Nenek si bongkok 3

Nenek si bongkok 3 ni tak silap aku da wujud zaman P Ramlee lagi kot.

(Pemain: minimum 3 orang)
Seorang pemain duduk di tengah2 jadi "nenek". Mata "nenek" perlu ditutup dengan kain. Pemain selebihnya akan jadi "cucu" dan mengelilingi "nenek" sambil nyanyi:
Cucu: "Nenek nenek si bongkok 3, siang mengantuk malam berjaga, mencari cucu di mana ada, nenek ku kahwin dengan anak raja"
(lepas tu semua cucu kene menyorok, duduk diam2)
Nenek: "Cucu cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang nenek nak cari ganti sapa yang kena dia yang jadi"
(pastu nenek kena cari semua orang. bila da dapat, kene teka sapa orang yg dia pegang tu. kalo betul, org yg kene tangkap dgn "nenek" tu akan jadi "nenek" pulak.

4. Ola Oli

Permainan ni aku tak tau mana wujud. Tapi yang aku ingat ada penyanyi kanak2 ni buat album ola oli.

(Pemain: minimum 2 orang)
Ola oli kuberi nama saudara saudari cikeboom cikeboom
Malam malam minggu, siang siang minggu. disko disko
Putih putih melati ali baba
Merah merah jelita miao miao
Sape yang baik hati cinderella. Tentu disayang emak.

5. Pak Mat

(Pemain: minimum 2 orang)
Sep sep sep. tom tom tom
Di malam sepi pi pi. pak mat jual topi pi pi.
topi yang koyak yak yak. pak mat jual anak nak nak.
anak yang hilang lang lang. pak mat jual gelang lang lang.
gelang yang patah tah tah. pak mat jual getah tah tah.
getah yang putus tus tus. pak mat jual tikus kus kus.
tikus yg mampus pus pus.
di malam jumaat at at. pak mat jadi mayat yat yat.
di malam sabtu tu tu. pak mat jadi hantu tu tu.. (pastu kejar org)

 

6. Aiskrim soda

(Pemain: minimum 2 orang)
pemain membuat bulatan, menghadap satu sama lain, pastu sorang akan nyanyi dan tnjuk kat sorang2 sampai abis lagu ni:
"Aiskrim soda, pepsi kola, buatan Malaysia, tak laku balik India."
bila dah abis je, org yg last kene tunjuk tu, dia akan start lompat kat orang sebelah dia.(kene cuba pijak kaki orang sebelah) orang sebelah kena cuba elak.
kalo kaki kena pijak, kira kalah. Orang yang menang orang yang last sekali tak kena pijak kaki.

7.Polis Entri

Ada sorang pemain yang ditugaskan nyanyi: "Polis entri want to jaga. polis mati pencuri jaga." (sambil tunjuk kat pemain2 lain).
Lepas tu akan pilih sapa yang jadi polis, sapa yang jadi pencuri.
Polis kene kejar pencuri sampai dapat.

apa lagi yek? da lupa.. hehe

Tags : , , ,

Rate this Post :
     

Rating: 5.00/5 (1 votes cast)


from the community... (19)

  • AiE
    Posted by AiE Thu Apr 09, 2009 04:48 PM 1031 days ago

    (y)

  • swan
    Posted by swan Fri Apr 10, 2009 08:32 AM 1030 days ago

    acelut at at tu xpnah main. apa bende ye aie? explain sket

  • fazril faridus
    Posted by fazril faridus Fri Apr 10, 2009 10:59 AM 1030 days ago

    waaaa satu ketika dulu pernah ku dgr irama2 diatas...

  • swan
    Posted by swan Fri Apr 10, 2009 11:14 AM 1030 days ago

    sape penah main "John Makerok"?

  • fazril faridus
    Posted by fazril faridus Fri Apr 10, 2009 11:17 AM 1030 days ago

    huh....apa tu

  • swan
    Posted by swan Fri Apr 10, 2009 11:27 AM 1030 days ago

    ala, yg main genggam jari kita dgn jari lawan tu, pastu try picit ibu jari org yg kita lawan.

  • IkhwaN
    Posted by IkhwaN Fri Apr 10, 2009 11:43 AM 1030 days ago

    jari lawan tu yg mana 1? yg sy tau jari ibu, jari manis, jari hantu,jari telunjuk

  • swan
    Posted by swan Fri Apr 10, 2009 02:19 PM 1030 days ago

    ala, yg lawan ibu jari tu la..

  • fazril faridus
    Posted by fazril faridus Fri Apr 10, 2009 06:27 PM 1030 days ago

    oooo....br ari ni aku tau nama game tu John Makerok

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Fri Apr 10, 2009 08:12 PM 1030 days ago

    hahaha, dulu panggil lawan jari aje. tak tau plak ada nama john travolta

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Fri Apr 10, 2009 08:13 PM 1030 days ago

    ushu is a the tissue, please go up and wash the tissue, pastu apa tah, please stand up.

  • nadiah_hanis
    Posted by nadiah_hanis Sun Apr 12, 2009 04:28 PM 1028 days ago

    koRn^gaL,game sam mekanik ek??
    btol x eja?? :p

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Mon Apr 13, 2009 07:17 PM 1027 days ago

    whose shoe is the dirty shoe, please go out and wash your dirty shoe. lalalal, tak ingat.

  • tentabizzare
    Posted by tentabizzare Mon Apr 13, 2009 07:56 PM 1027 days ago

    sam mekanik,mekanik sunflower..in da la,in da la,cha..cha..cha..chi..chi..chi..cha..cha..chi..1,2,3,4,5,6,7,8,9.....terus lawan ibu jari..!!

  • swan
    Posted by swan Mon Apr 13, 2009 08:17 PM 1027 days ago

    hehe.. yup.. main "sam mekanik"@"john mekanik". tu sepupu aku nyanyi (h)

  • swan
    Posted by swan Mon Apr 13, 2009 08:18 PM 1027 days ago

    kalil main tisu? kesat hingus kaa?? hehe :$

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Mon Apr 13, 2009 09:16 PM 1027 days ago

    dulu mana reti inggeris

  • Datuk
    Posted by Datuk Sun Sep 13, 2009 12:38 AM 875 days ago

    aku lahir tahun hujung 70an. Kalu ada kenduri, maka2 budak2 kecik terutama pompuan akan buat bulatan pastu main sep sep sep tom tom tom. AKu seronok tengok diaorang main. happy jer.
    banyak lagu diaorang main spt mak bidan urut, yang ingat lagu nih;

    Sep Sep Sep Tom Tom Tom,
    Tepi gunung air terjun
    Tempat orang bermain
    Tempat tinggal tukang kebun
    Nama anaknya Jali (nama nih biasanye letak nama pakwe atau makwe sesape)

    Sungguh cantik paras Jali
    Hidung mancung kembang sikit
    Batang betik batang pinang
    Sungguh cantik dipandang

    Tidur malam mimpi-mimpi
    Jali datang ke rumah
    Jali cakap
    I love U

  • Datuk
    Posted by Datuk Sun Sep 13, 2009 12:46 AM 875 days ago

    banyak lagi permainan yang aku main seperti:

    1. Datuk Harimau
    2. Teng Teng
    3. Kaki tempang
    4. Konda Kondi
    5. Rondes
    6. Cap Ping
    7. Main Tiang
    8. Galah Panjang
    9. Nyorok2
    10. Sorok benda dalam pasir
    11. A E I O U
    12. Baling selipar
    13. Baling Tin
    14. Getah One Step
    15. Khemah2
    17. Guli marble
    18. Gasing
    19. Guli Tanah
    20. Main terup (kartun)
    21. Main seremban
    22. Main tutup botol oren
    23. Main batang ais krim
    24. Main I (pakai duit, main lepas dpt duit raya)
    25. Main dam haji, dam ikan, dam ular, dam cina
    25. dan banyak lagi..


    Biasanye leader mesti kakak perempuan. pastu budak kecik pun main tapi dia orang kite cakap main Ta Ya Pa Waw (TIPU)..

    sekarang da ada PS2, komputer yg memupuskan permainan ini.

    takde lagi kreativiti budak2.


Please log in to post comments