#Lawak 1

Seorang askar baru sedang bertugas mengawal pintu masuk utama.

Arahan untuknya adalah jelas. Tiada kereta dibenarkan masuk kecuali mempunyai sticker khas di cermin hadapannya.

Sebuah kereta tentera yang besar datang dengan seorang Jeneral berada di dalamnya.

Askar pengawal itu berkata, "Berhenti!. Siapa di dalam?"

Pemandu kereta berkenaan, seorang Korporal menjawab, "Jeneral Zaini"

"Maafkan saya. Tuan tidak dibenarkan masuk kerana kereta ini tidak mempunyai sticker khas pada cerminnya."

Jeneral itu berkata, "Pandu terus!"

Askar pengawal itu berkata, "Nanti dulu!. Tuan betul-betul tidak dibenarkan masuk. Saya mendapat arahan untuk menembak jika tuan cuba masuk tanpa sticker khas."

Jeneral itu kemudiannya berkata kepada Korporal dihadapannya, "Saya beritahu kamu, jalan terus!"

Askar pengawal itu kemudiannya merapati cermin belakang kereta dan berkata, "Jeneral, saya baru dalam perkara ini. Adakah saya perlu menembak tuan atau pemandu tuan?".


#Lawak 2

"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..?"

"Apa?"

"Chimpeng, Chimpeng...saya sudah tanya itu guard ah.. dia ckaap sini ada satu Chimpeng...."

"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh...Apa tempat itu Chimpeng?"

"Aiyah...itu Chimpeng balu punya..Saya mau pigi angkat wang la..."

"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa?Along ka?"

"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng...itu balu punya Peng.."

Adoi...bengap punya apek..buat pening je..cakap lah CIMB Bank .. =))


#Lawak 3

Mee Bandung

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!" 

#Lawak 4

This is a true story from the Japanese Embassy in US!!!

A few years ago, Prime Minister Mori was given some Basic English conversation training before he visits Washington and meets president Bill Clinton...

The instructor told Prime Minister Mori, when you shake hand with President Clinton, please say 'how r u'. Then Mr. Clinton should say, 'I am fine, and you?' Now, you should say 'me too'. Afterwards we, translators, will do the work for you.'

It looks quite simple, but the truth is...

When Mori met Clinton , he mistakenly said 'who r u?' (Instead of 'How r u?'.)

Mr. Clinton was a bit shocked but still managed to react with humor:
'Well, I'm Hillary's husband,ha-ha...'

Then Mori replied 'me too, ha-ha...'

Then there was a long silence in the meeting room.

Lawak 5

Nenek oh nenek!!!!

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...)

Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu
pokok yang besar lagi rendang.Topi untuk jualan dia...dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya.

Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqeh' . Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh.. .sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut. Dia ambik galah..jolok- jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepal a la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng...jeng. .jenggg.. dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia.
Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat dibawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-topi untuk dijual diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah ,dia pun bangun dari tidur..aikkkk! !! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqehh' kat atas pokok tu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia.

Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba- tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat
telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk.. .?"

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 5.00/5 (1 votes cast)


from the community... (4)

  • whozz
    Posted by whozz Mon Nov 30, 2009 03:34 PM 900 days ago

    lwak2....skurang2nye, dpat la gak trhbur htiku d wktu yg bsan ini...thanz 2 zars.... :D

  • nUruL
    Posted by nUruL Mon Nov 30, 2009 06:27 PM 900 days ago

    ouh no prob ;)
    mmg suke bg org wat snaman muke neh :D

  • ayu
    Posted by ayu Thu Dec 03, 2009 12:02 PM 897 days ago

    lawak 2 tue hampeh toi..
    pdn mukew dier..hahha.. :p :p

  • lya
    Posted by lya Thu Oct 21, 2010 12:57 PM 575 days ago

    cter yg ke-5 2 mmg klaka........
    hahahahaaaaaaaaaaaaaaa............. :D (y)


Please log in to post comments