Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

 

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

 

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. "Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.

 

"Kenapa begitu bang?" Tanya isterinya.

 

"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

 

Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

 

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.

 

Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu  bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

 

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" Isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.

 

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."

 

Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

 

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

 

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

 

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar

Innocent

Tags : ,

Rate this Post :
     

Rating: 5.00/5 (1 votes cast)


from the community... (6)

  • lynn
    Posted by lynn Mon Dec 07, 2009 12:53 AM 894 days ago

    dah macam tu pun, iskkk..

  • fiezayanki
    Posted by fiezayanki Mon Dec 07, 2009 01:30 AM 893 days ago

    dunya...dunya..

  • ayu
    Posted by ayu Mon Dec 07, 2009 09:41 AM 893 days ago

    aduish..
    cuma pandai kelentong jew..
    tpi jahil agama..
    ciannyer owg cmnie..huhu ;(

  • nadiah_hanis
    Posted by nadiah_hanis Mon Dec 07, 2009 12:58 PM 893 days ago

    laaa...camni pun ada..

  • pianbayu
    Posted by pianbayu Tue Dec 08, 2009 11:26 AM 892 days ago

    :s :s :s

  • eijie
    Posted by eijie Tue Dec 08, 2009 11:02 PM 892 days ago

    haha, jahil ;)


Please log in to post comments