KAKI PUKUL ????


 

Jantan Kaki Pukul

          Sebagai lelaki kamu merasakan diri kamu sentiasa betul. Tiada siapa yang berhak menegur apa yang kamu lakukan kecuali ibu bapa kamu. Pantang ditegur, telinga kamu mesti merah padam. Silap-silap haribulan tangan kamu melayang ke pipi. Awek kamu seolah fobia untuk bercakap dan memberi pendapat. Setiap kali ada pertengkaran dengannya, pasti berakhir dengan jeritan awek kamu menyuruh kamu berhenti memukulnya. Kamu pula seolah-olah lupa diri dan seperti dirasuk syaitan. Bila kamu puas membelasahnya, baru kamu sedar tindakanmu. Tidakkah kamu berasa kesian dan sedih dengan kesan-kesan yang kamu tinggalkan itu? Tahukah kamu kudrat kamu itu mampu membunuh awek kamu? Tidakkah kamu terfikir kesakitan yang awek kamu terima?



 
          Sikap kamu yang suka menaikkan tangan atau kaki pada badan awek kamu itu boleh memberi kesan yang mendalam dalam diri awek kamu. Mugkin untuk waktu terdekat, si dia boleh telan dan terima apa yang kamu lakukan pada dirinya, tapi lama-kelamaan pastinya si dia rasa bosan dengan sikap kamu ini. Siapa yang rugi? Dan jika kamu tidak ubah perangai kamu yang BARAN dan suka memukul itu, pastinya kamu akan DIBENCI dan sukar bagimu untuk mencari pasangan hidup yang sanggup bersama kamu. JANGAN MENYESAL BEB!



 
          Dalam pada itu, walaupun ada yang menasihatimu bahawa apa yang kamu lakukan ini tidak patut dan sebagainya. Kamu pula tetap mempertahankan tindakanmu itu. Kamu berasakan apa yang kamu lakukan ini adalah betul. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa kamu seorang yang cukup ego dan tidak dapat menerima pandangan orang lain. Kamu tidak mengaku yang diri kamu itu kaki pukul. Bagi kamu apa yang kamu lakukan itu adalah untuk memberi pengajaran pada pasanganmu. Sedar atau tidak, walaupun awek kamu itu bakal menjadi isteri kamu suatu hari nanti, kamu sepatutnya tidak memukulnya, itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.



 
 Apa yang kamu boleh lakukan jika marah kamu sudah mendidih serta tangan dan kaki kamu sudah terasa ingin memukul awek kamu?


1) Tarik nafas sedalamnya, dan menyuruhnya diam jika mulut awek kamu asyik berleter.


2) Jauhkan diri kamu seketika daripada awek kamu jika marah kamu sudah memuncak.


3) Panas baran kamu boleh diubati jika fikiran kamu tenang dan matang. Jadi pastikan kamu mempunyai masa peribadi kamu sendiri untuk berfikir kembali perangai kamu.


4) Dekatkan diri kamu dengan-Nya. Sembahyang 5 waktu cukup dan mohon ketenangan dan keampunan daripada-Nya.


5) Lepaskan marah kamu itu pada benda-benda yang menyakitkan diri kamu kembali seperti kamu menendang pokok, menumbuk batu, atau cuba kamu sepak kereta kamu sendiri. Bagaimana perasaan kamu apabila melihat kereta itu sudah rosak. Pastinya kamu menyesal.


6) Luahkan masalah kamu pada teman yang kamu percaya. Setidak-tidaknya kamu boleh berfikir kembali apa yang telah kamu lakukan itu SALAH.


7) Luahkan apa yang terpendam dalam diri kamu agar ia boleh mengurangkan tekanan yang ada dalam diri kamu. Jika kamu terlalu memendam perasaan akibatnya orang terdekat yang terkena tempiasnya.


8) Apabila kamu berada dalam keadaan NORMAL, cuba kamu berbincang seelok-eloknya dengan awek kamu tentang perasaan kamu yang sebenarnya.


Feel Like Killing!

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 5.00/5 (1 votes cast)


from the community... (17)

  • swan
    Posted by swan Sat Feb 02, 2008 11:47 PM 1463 days ago

    i really hate guys who are selfish and simply hit woman if they were angry. Those guys should join "Anger Management" course and WORLD WOULD BE A BETTER PLACE!!

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Sun Feb 03, 2008 01:00 AM 1463 days ago

    :(

  • eijie
    Posted by eijie Sun Feb 03, 2008 03:44 PM 1462 days ago

    erm, uit.. projek dah bley jln dah..

  • 5ruz
    Posted by 5ruz Mon Feb 04, 2008 04:17 PM yesterday

    huhuhu, utk siapa ni hah ?? lol

  • swan
    Posted by swan Tue Feb 05, 2008 01:13 PM 16 hours, 1 minute ago

    jangan jadi kaki pukul.. nanti dibenci org.

  • (,")YL u vY(",)
    Posted by (,")YL u vY(",) Tue Feb 05, 2008 01:34 PM 15 hours, 40 minutes ago

    so..setiap gurl kena blajar seni pertahann dri spya klu nk dipukul oleh bf sendri ker, belasah jer blik ckup2..hehe

  • onizuka!
    Posted by onizuka! Wed Feb 06, 2008 05:29 PM 1459 days ago

    where is da luv..

  • swan
    Posted by swan Fri Feb 08, 2008 08:02 PM 1457 days ago

    (,")YL u vY(",) - Memang girlz zaman skrg kene reti protect diri sendiri.. kalo bf belasah, akan ku sepak apa2 yang patut.. hahaha.. baru padan muka..

  • jebbs
    Posted by jebbs Mon Feb 11, 2008 09:03 PM 1454 days ago

    hmmm..
    tak tau la...
    aku tak de awek...

  • corneillea
    Posted by corneillea Tue Feb 12, 2008 07:05 PM 1453 days ago

    kalo btul syg, x sggup pnye nk pukul awek..
    tu kes x syg awek la tu..
    gedebak! gedebik! gedebuk!
    hahahahahaha..~

  • laili
    Posted by laili Tue Feb 12, 2008 08:41 PM 1453 days ago

    RasA KesiaNLaH dGn GirLs yG KeNe PuKuL nih. i soKoNG WaNiTa! We aLL jusT naK kasiH saYanG je.. Don'T Be CRueL To us!!

  • mark qiesh
    Posted by mark qiesh Tue Feb 19, 2008 12:14 PM 1446 days ago

    kalo awek yg pukul laki lak camne?

  • corneillea
    Posted by corneillea Mon Mar 10, 2008 09:26 PM 1426 days ago

    kalo awek yg pukul..halalkn je la..
    bkn sakit sgt pn..
    =)

  • swan
    Posted by swan Fri Mar 14, 2008 01:27 PM 1422 days ago

    ala.. kalo awek pukul laki, tahankan aje.. bukannya sakit pun pukul..

  • mark qiesh
    Posted by mark qiesh Mon Mar 24, 2008 03:37 PM 1412 days ago

    eleh bias btol le...
    mcm ah xde laki yg mati sbb kne pukul ngan awek

  • tentabizzare
    Posted by tentabizzare Mon Apr 13, 2009 07:51 PM 1027 days ago

    abes kalau bf ngan aweknya kena tibai dek org len...?
    saper nak dipersalahkan..?

  • Ungu
    Posted by Ungu Wed Jan 27, 2010 04:12 PM 738 days ago

    dah kalau bf ngn gf dia tu kene belasah, kene wat repot polis ler, sesape yg nmpk kene ler hulur bantuan, tapi dh klu time tu x de orang sekeliling... kene peka sekitar
    dan kdg2 dh jd kes culik... so kene cam kan ape2 yg boleh buat bukti utk kenal pasti...


Please log in to post comments