Holiday - Thaipusam


 

ThaipusamYeah! Setelah sekian lama, akhirnya Pak Lah declare Thaipusam as Public Holiday. Kalo tidak sebelum ini cuti Thaipusam hanya pada certain negeri je seperti Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor. Aku cukup gembira, kerana pada hari ini aku dapat bermalas-malasan, tidur dengan sepuas-puasnya. Kadang-kadang tidur pun tidak cukup, kerana kerap kali aku balik lambat dan kena bangun awal pagi pada keesokan harinya. Hampir terlupa, my sweetheart ada problem, dah lama tidak call dia. Akan ku call sebentar lagi untuk mengubat rindu di hati.

 

Oh ya, berkenaan Thaipusam ini, penganut Hindu yang meraikannya setiap tahun. Kerana aku ini berasal dan pernah bersekolah di daerah Selangor, cuti Thaipusam ini cukup sinonim di minda ini. Dahulu aku bersekolah di daerah Gombak, maka aku dapat melihat keadaan yang berlaku ketika Thaipusam ini berlangsung.Berpusu-pusulah penganut Hindu yg kebanyakan dapat kulihat terdiri daripada kaum India, mengunjungi kuil di Batu Caves. Ada yang mengangkat Kavadi, menjunjung susu, cucuk mulut dan badan. Part yang ngeri bila melihat kesungguhan penganut ini yang memilih untuk mencucuk badan mereka dengan benda-benda tajam. Mengikut pemahaman aku mereka sanggup melakukan ini semua untuk menebus kesilapan yang mereka lakukan di masa lalu. Ada juga yang memecahkan kelapa sebagai tanda untuk membayar nazar. Aku amat pasti tokei kelapa bertambah kaya di musim-musim perayaan sebegini.

 

 

Sabtu lepas, ketika aku sedang melalui jalan di Batu Caves, kelihatan penganut Hindu ini, yang majoritinya berpakaian kuning berlegar-legar di sekitar kawasan kuil. Ada di antara mereka yang mandi di anak sungai berhampiran kuil. Lelaki dan wanita mandi di khalayak ramai tanpa mempedulikan mata yang memandang. Difahamkan mandi ini sebagai satu upacara menyambut Thaipusam. Oh, kulihat keadaan anak sungai itu, tidak ubah seperti longkang kecil dimana air itu datang dari bangunan-bangunan disekitar. Jika aku diberi pilihan, aku tidak rela untuk bermandi-manda di situ. Tapi, aku yakin mereka melakukannya demi agama mereka.

 

 

Aku juga merupakan pengguna setia KTM Komuter. Sungguh bertuah berada di bumi Malaysia. Bersempena dengan Thaipusam ini juga pihak KTM menyediakan perkhidmatan komuter terus ke Batu Caves. Dengan tujuan untuk melancarkan keadaan trafik, pengunjung Batu Caves dinasihatkan untuk menaiki kenderaan awam. Aku seronok dapat bercuti, kerana sudah pasti aku tidak sanggup untuk bersesak-sesak menaiki komuter dengan dihidangkan dengan pelbagai bau yang menusuk hati dan menyentuh kalbu. Uhuk!~ Lebih rela bau ketiak sendiri.. hehe.. Pengunjung pasti ramai walaupun ada yang bertindak memboikot untuk menyambut Thaipusam di kuil Batu Caves. Ini berikutan ada pihak yang membantah tindakan pihak kuil yang mengenakan bayaran masuk ke kuil di hari Thaipusam.

 

 

Tapi, mungkin pihak kuil ada sebab musababnya. Aku hanya pemerhati, seorang yang peka dengan keadaan semasa. Ah, cukup setakat ini saja, idea ku hampir kering. Tunggu coretan ku di hari lain di ARAKIAN.COM.

 

 

 
Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (3)

  • soul^blade
    Posted by soul^blade Sat Jan 26, 2008 07:18 AM 1470 days ago

    ok cuba try edit

  • swan
    Posted by swan Tue Jan 29, 2008 11:36 AM 1467 days ago

    horay, dah edit!

  • eijie
    Posted by eijie Thu Jan 31, 2008 03:38 PM 1465 days ago

    Ko g sana ke?... huhu, jumpa Samy Vellu x?


Please log in to post comments