Diari Syawal Seorang perindu


30/9/2008

Dari pagi, semua sudah bersedia untuk menyiapkan persiapan untuk berhari raya.
Ia makin terasa apabila waktu berbuka menjelang, bermakna itu adalah berbuka
kali terakhir untuk Ramadhan 1429 H. Hati mana tak gembira tatkala Syawal sudah
mula muncul.

Selesai solat Maghrib dan berkemas, aku duduk di dalam bilik. Sesak di dada aku,
terigt kan seseorang yang sudah lama kembali kepadaNYA. Ini tahun ke 7 kami
sekeluarga tidak beraya dengannya dan kami tidak akan lagi beraya dengannya.

Aku hanya melayan perasaan untuk beberapa jam, menahan kepiluan beraya tanpa
hadir kasih sayang seorang ayah. Air mata sudah tidak mampu aku kawal. Aku redha
kan ia mengalir, untuk menunjukkan kasih sayang ku pada mu ayah, kerinduan yang
tiada bertepian.

Malam semakin menganjak dan aku sudah mula menyiapkan pakaian untuk ke kubur dan
untuk solat hari raya di surau kampung aku.
 

1/10/2008

Pagi aku terlewat skit bangun, lebih kurang pukul 7 dan bersiap solat. Hanya
tuhan yang tahu betapa sedihnya aku untuk melangkah ke kubur untuk berjumpa dia
sekali pun hanya berteman 2 nisan dan tanah.

Surah Yassin menitip di bibir dan kami bersama membacanya. Tersangkut aku di
pertengahan ayat. Sedih & sebak. Syahdu hatiku pagi itu. Aku cuba menahan, tapi
terjatuh juga airmataku di tanah perkuburan.

Ya ALLAH, jika kau tahu perasaan ku di waktu itu, tidak mampukah aku hidup bahagia
bersama ayahku......................

Berat jiwaku, berat kakiku untuk melangkah pergi dari tanah perkuburan. Berhenti
seketika untuk melambai.

Aku makin sebak...
Takbir beralun kemerduan, aku seperti berkhayal..

Ada sahabat yang menasihatkan aku supaya bersabar. Terima kasih kawan..

Sebelum pergi ke surau, aku on laptop untuk dgr lagi raya, tapi tersilap choose
lagu, aku terbukak nasyid.

Tetiba aku terdengar lagu nyanyian Mawi tajuknya "Ayah..aku rindu pada mu"
Terus aku kunci pintu bilik dan menutup muka dengan bantal..


Ya ALLAH, aku terlalu rindukan ayah ku...................
Ayah, aku rindu padamu.....


Bait-bait lagu ini terlalu menyentuh perasaan..


"Ayah, aku rasa sunyi..
Sejak kehilanganmu di dunia ini...
DI saat ku meniti kejayaan ini........."


Ya ALLAH, tabahkan lah jiwaku yang selalu dirundung sedih ini...
Ayahku, ku pohon ampun sekiranya diri ini tidak mampu memberi apa yang diharapkan.


Sudah pasti...
Di hari raya ini, ku merinduimu....

 

Terimalah bingkisan hati seorang anakmu..



                               


 

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 0.00/5 (0 votes cast)


from the community... (2)

  • Ijam
    Posted by Ijam Wed Oct 08, 2008 04:47 PM 1318 days ago

    Usah diingat sangat perkara tu kerana aku sendiri telah kehilangan 3 insan yang tersayang di dunia ini....tapi aku pasrah dengan ketentuan Allah s.w.t apatah lagi tatkala Syawwal menjelma.....

  • cnk
    Posted by cnk Wed Jul 08, 2009 03:29 PM 1045 days ago

    em..sedihnya ;( ;( ..
    tapi sebagai seorang insan kita perlulah menerima ketentuaan Allah s.w.t
    jika terkenangkan mereka yg tiada banyak2 kn lah bersedekah al fatihah untuk mereka..ingat walau kita menangis air mata darah sekalipun mereka tidak akan hidup semula..dan ia tidak memberi apa2 makna buat mereka..& kita yg hidup.. ;)


Please log in to post comments