Assalamualaikum WBT...
Sebelum saya terlewat, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51, Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Berbuka bagi semua kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh pelusuk dunia..
Topic ini adalah untuk mempromote calon baru bagi Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) 2008/2009.
2008 merupakan tahun yang paling bergelora dalam hidup saya dalam menguruskan portfolio sendiri di dalam JPM dan kesinambungan ini harapnya dapat diteruskan oleh JPM di tahun akan datang di dalam membawa suara mahasiswa yang sentiasa mahukan perubahan. Saya akui, di saat saya memegang portfolio kebajikan dan penempatan, ada kekurangan yang tidak dapat saya elakkan kerana saya lebih tertumpu kepada portfolio tidak rasmi saya iaitu PEMBANGUNAN USAHAWAN.
Saya akan menerangkan sedikit kenapa ia jadi sedemikian rupa. Saya lebih menumpukan ke bidang usahawan kerana kita mendapat sokongan yang kuat dan jitu daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan juga HEMs Canselori Unit Usahawan dan Alumni dan dijaga baik dari segi kebajikan berkhidmat di sana.
Sepanjang saya di JPM, saya sendiri telah merasakan rimas untuk menjada kebajikan org lain sedangkan kebajikan saya sendiri terabai. 2 bidang berbeza - Usahawan dan JPM. Saya lagi selesa berkhidmat dengan usahawan kerana layanan dan juga enivronment berkerja yang lebih membuat minda saya terbuka dan befikir jauh ke hadapan daripada Exco Kebajikan dan Penempatan.
Saya sendiri rasa tidak dihargai dengan tugas yang sudah dijalankan semasa penggal pertama saya memengang exco itu (sem lepas) dan apabila memulakan sem baru, saya bertekad untuk meneruskan portfolio usahawan sebagai Core portfolio saya di UniKL.
Politik, permainan sudah terlalu banyak di UniKL sehingga saya sebagai mahasiswa sudah jelik dan benci untuk memperkatakan tentang nya. Cukup lah politik yang sudah membebankan kepala di luar universiti, ini pula politik yang menyusahkan mahasiswa - politik campus.
Saya akan menyatakan 2 calon favourite saya di dalam pencalonan MPM/JPM baru sessi 2008/2009.
- Saudara Mark Qiesh - Security
- Saudara Mat Pet - Security
*maaf lah, tak tau nama sebenar. Kedua2 itu pengguna Arakian.
Mereka ini saya boleh katakan sangat bijak dari segi berkata-kata dan saya harap apa yang mereka utarakan mereka dapat jalankan selepas ini. Saya yakin mereka mampu seperti mana mereka katakan di dalam komen-komen mereka.
Dan saya harap mereka yang bijak pemikiran, mampu berjuang bersama-sama mahasiswa meningkatkan servis di UniKL dan bukan hanya berkata di mulut-mulut yang tidak tahu untuk menjalankan nya.
Pesanan saya,
"Biarlah berdiam diri asalkan kerja dijalankan, daripada suka membuat kontorversi tanpa sebarang output"
Fikir-fikirkan dan pilih lah pemimpin anda kerana anda yakin dengan nya...
Salam