Sedih bile mengenangkan apa yang terjadi tadi. Sejak beberapa hari lagi dah bertakung dah. Cuma aku buat2 tak layan, malas nak memikirkan. Tapi akhirnya tadi jatuh jugak airmata seorang adik di atas pemergian kekanda berdua tersayang.

Bukan pergi selamanya, tapi mereka pergi di atas tuntutan agama supaya menuntut ilmu. Aku cuba sedaya upaya melawan tadi, tapi kesedihan itu tetap datang. Mana taknya, saudara paling rapat akan meninggalkan buat seketika. Sekalipun seketika, ia nya cukup menyesakkan hati.
Berbuka di Putrajaya ramai-ramai di rumah kakak, langsung solat dan bersiap utk ke KLIA. Hati aku dah mula berkata yang aku pasti tak dapat tahan, sebab aku di rumah lagi aku dah mula menangis. Tapi aku kuatkan sebab aku percaya ketentuan ALLAH ini pasti akan di balas dengan kebaikan jika kita sabar menjalaninya.
Bergegas bersiap, menyiapkan anak buah dan bergerak ke KLIA jam 8.30, tatkala berkumandang azan Isyak. Sayup di hati kerana di lebaran ini kami tidak lagi bersama dan untuk beberapa kali lagi lebaran (setitik demi setitik)
Aku cepat-cepat carik angah bile tiba di KLIA. aku perasan mata aku mula berair, nafas aku jadi tak tentu hala. Aku bertahan. Dapatlah bergambar sebagai kenangan. Sedar tak sedar tgh ambik gmbr sume family, setitik demi setitik.

Tiba bila masa angah nak masuk, saat kami bersalam dan berpelukan, mmg mase tu tak tahan dah. Aku terus menangis. Barulah aku sedar yang sebenarnya sejauh manapun kita adik beradik-beradik pernah bermasam muka, apabila saat dipisahkan, pasti hati ini terlalu sukar menerima dan kesedihan melanda.
Bukan aku mahu melawan ketentuan Allah....