Satu hari Pak Pandir memenangi tiket penerbangan untuk menjadi tetamu kepada seorang penyanyi terkenal. Walaupun mendapat tiket kelas ekonomi, ini sudah cukup menggembirakan Pak Pandir. Tiba hari yang dijanjikan, Pak Pandir sudah menunggu di lapangan terbang. Bila pengumuman dibuat, Pak Pandir terus ke tempat duduk. Sebelum berlepas, pramugari memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing. Tiba-tiba pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi kelas perniagaan. Setahu pramugari itu tidak ada mana-mana penumpang yang duduk di tempat ini, lalu dia menghampiri Pak Pandir. Dengan sopan, pramugari bertanya,”Pak cik tak boleh duduk kat sini”. Jawab Pak Pandir,”Takpe lah nak, pakcik selesa duduk kat sini”. Oleh kerana keengganan Pak Pandir, juruterbang tidak dapat berlepas lalu menghampiri Pak Pandir dan berkata,”Pak cik, boleh tengok tiket?” Pak Pandir menghulurkan tiketnya. Juruterbang itu berkata lagi, ”Tapi pak cik, kerusi depan ni pergi Johor, kerusi belakang baru pergi Kuala Lumpur!” ”Ye ke, nasib baiklah anak ni beritahu pak cik. Kalau tak jenuh pak cik tersalah naik!”.
Tags : by, shine
Rate this Post :
Rating: 0.00/5 (0 votes cast)