2 tahun yg lepas bersamaan 27/10/06,tali pertunangan aku berakhir. Bukan berakhir kerana dilanjutkan ke gerbang pernikahan. Tetapi berakhir dengan kesedihan. Hubungan yang terjalin diputuskan ketika orang lain sibuk berhari raya. Tapi itu cerita 2 tahun yg lepas. Hari ini,27/10/08, aku telah dapat hidup aku kembali. Jauh lebih baik dari sebelum ni. Kalau dulu, sehari-hari aku meratapi kesedihan akibat ditinggalkan dan sedikit gusar seandainya tiada siapa yg nak kat aku ni. Tapi kini tak lagi. Semua dah berubah. Sekarang ni ramai je yg suka kat aku. Huhu. Semoga hari-hari selepas ni aku akan menjadi bertambah baik dan terus berjaya dalam hidup. InsyaAllah,Amin…
http://fajridiladha.blogspot.com/2008/10/271006-271008.html