11 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak


1. Tidak Membaca Al-Quran- Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergerakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti ‘Bell’s Palsy’ iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.


2. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

3. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

4. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

5. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

6. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

7. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

8. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

9. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

10. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

11. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Tags :

Rate this Post :
     

Rating: 3.00/5 (2 votes cast)


from the community... (8)

  • AiE
    Posted by AiE Tue Jun 02, 2009 03:59 PM 977 days ago

    da rosak rupanya otaku :( :(

  • fiezayanki
    Posted by fiezayanki Tue Jun 02, 2009 07:27 PM 977 days ago

    alamak..cne nk kc tabiat tutup mke waktu tdo tuh ilang ek?? ayoyo :o

  • laili
    Posted by laili Wed Jun 03, 2009 12:49 AM 977 days ago

    thx for da info gal! (y)

  • swan
    Posted by swan Wed Jun 03, 2009 07:11 AM 976 days ago

    pesanan buat rakanku:

    Jawablah telepon dengan menggunakan telinga sebelah kiri... minumlah obat dengan tidak menggunakan air dingin... makanlah makanan ringan setelah jam 6 malam bukan makanan berat... minum lebih banyak air pada pagi hari, minum lebih sedikit pada malam hari... jam tidur yang paling baik adalah jam 10 malam s/d jam 5 pagi... jangan terlalu cepat berbaring setelah minum obat... ketika battery HP tinggal satu bar, jangan angkat telepon karena radiasi meningkat hingga 100 kali lipat...! Teruskan pesan ini ke orang-orang yang kita sayangi... dan yakinlah bahwa kebaikan hati... tak akan pernah merugikan kita.

  • nUruL
    Posted by nUruL Wed Jun 03, 2009 11:14 AM 976 days ago

    ur welkam kylie (h)

  • nUruL
    Posted by nUruL Wed Jun 03, 2009 11:15 AM 976 days ago

    thnx korn gal (y)

  • farisshedi
    Posted by farisshedi Tue Jun 09, 2009 02:30 PM 970 days ago

    aku no 7 tu.. demmit..

  • nuffnuff
    Posted by nuffnuff Fri Jun 12, 2009 08:37 PM 967 days ago

    aku paling nyampah tol ngn asap rokok..mencik~!!!! :@ :@


Please log in to post comments