Petua laki nak kawin byk. Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah
kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang
(lelaki beriman OK la kut...) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki
tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan
orang. Kak Nani, namanya=Rosnani.
Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap
bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah
sendiri.Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu
di hari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut
dengan senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia
suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong
penguatkuasa?
Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila
hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan
kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di atas
tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum,
bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !
Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya
akan suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari
cik abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan
beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin
untuk berjumpa cik abang.
Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan
yakinnya berkata, "Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak
nyatakan rahsianya tanpa was-was". Saya agak kesal kerana tidak yakin
dan, Kak Nani dengan pantas mencelah, "Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang
adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa ..."
"Biarlah betul-betuk kak" kata saya . Jawab kak Nani, "kakak mahu semua
madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar
dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka
mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka
pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka
dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang
mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa
tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL
itu sesama kami"
Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani
menyambung, "dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak
lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak
(bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini",
sambil dia menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang ibarat Rita
Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.
Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun
tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan
bukannya jantan !!...
MORAL OF THE STORY : KLU NK KAWIN LAIN DGN RESTU ISTRI, PASTIKAN JADI
SUAMI YG X HAMPEH..